Header Ads

Aksi Kejar Mengejar Cetus Huru Hara Di Pulau Pinang, Pejalan Kaki Melompat Selamatkan Diri




Satu video aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah kini sedang viral di media sosial terutama di Facebook yang menyebabkan ramai netizen terutama warga Pulau Pinang berasa bimbang dengan keselamatan mereka. 

Video yang dimuat naik oleh sebuah laman Facebook pada 2 Julai itu mendakwa kejadian kejar mengejar berlaku di Jalan Campbell yang hampir meragut nyawa pejalan kaki. Berdasarkan video tersebut memaparkan sebuah van berwarna putih dipandu laju melalui sebatang jalan yang kecil sambil dikejar oleh 3 buah kereta peronda polis.

Van tersebut dilihat melanggar beberapa buah motosikal yang diletak di bahu jalan dan pejalan kaki dilihat cuba mengelak dari dilanggar van tersebut. 


Walau bagaimanapun, aksi tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana ianya cuma salah satu babak lakonan dalam sebuah filem aksi Hong Kong menurut laporan New Straits Times. 

Jalan berkenaan telah pun ditutup lebih awal manakala pejalan kaki yang terbabit adalah pelakon lagak ngeri. Jadi babak kejar mengejar tersebut adalah terkawal dan tiada siapa yang mengalami kecederaan. Filem dengan tajuk 'The Leaker' sedang menjalani pengambaran di Pulau Pinang. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.