Header Ads

Anak Billionair Chryseis Tan Dikecam Hebat Netizen Bangsa Cina Kerana Bakal Berkahwin Dengan Orang Melayu




Viral di media sosial kisah anak dua keluarga perniagaan besar dan terkenal apabila anak pemilik syarikat kumpulan Naza dan kekasihnya, anak Tan Sri Vincent Tan telah mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan. 

SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin, 32, melamar Chryseis Tan, 29, di Marrakesh, Maghribi pada Jumaat, berdasarkan coretan “30.6.2017” di foto. Mereka berdua saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi. 

Rata-rata netizen amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Namun, tidak semua gembira malah ada sesetengah netizen terutama berbangsa cina yang mengecam pasangan tersebut terutamanya Chryseis. 

Menurut laman Moretify, portal itu memuat naik komen dari Facebook yang agak memeranjatkan kerana ramai netizen yang mengecam tindakan Chryseis mengahwini pasangannya yang juga seorang Melayu beragama Islam. Tajuk utama tersebut diterjemah sebagai 'Wanita Bangsa Cina Kahwin Melayu, Netizen: Buat Malu Orang Cina! Tengok Dia Pakai Songkok Pun Dah Buat Tekak Loya'

Netizen juga mengutuk Chryseis yang dianggap sebagai 'perempuan tak guna' malah SM Faliq juga disamakan dengan khinzir. Segelintir dari komen tersebut juga menyebut berkahwin dengan orang Islam asing tidak mengapa asalkan bukan dengan Melayu kerana disifatkan membelot asal usul bangsa cina. 

 

Tajuk tersebut diterjermah oleh seorang pengguna Twitter @kimmouto yang merasakan tindakan netizen yang tidak puas hati atas perkahwinan pasangan tersebut amat tidak wajar. Tambahnya lagi sifat perkauman juga berlaku di dalam bangsanya. Dia juga mengutuk netizen yang menggunakan bahasa ibunda mereka untuk mengutuk kerana orang lain tidak faham bahasa yang diguna. 

Memang benar, sifat perkauman semakin menebal di kalangan masyarakat namun tidak semua bangsa di Malaysia bersetuju dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh segelintir bangsa mereka. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.