Header Ads

Anak Sulung Kepada Wartawan Sinar Harian Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh




Baru sahaja seminggu berhari raya dan memulakan kerja, seorang wartawan akhbar Sinar Harian kehilangan anaknya yang tersayang, Aira Amira. Bayi perempuan berusia empat bulan itu meninggal dunia akibat tersedak susu di rumah pengasuh pada hari Isnin. 

Bayi tersebut merupakan anak sulung kepada seoerang wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan dan Norhafiza Che Abdullah dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya selepas diberikan susu oleh pengasuh tersebut. 

Kira-kira pukul 9 pagi tadi saya hantar anak ke rumah pengasuh, namun pada pukul 1.30 tengah hari, pengasuh menghubungi saya dan memaklumkan anak saya tidak sedarkan diri sebelum pengasuh membawa Aira ke klinik berdekatan dan pihak klinik kemudian menghantar Aira ke Hospital Shah Alam (HSA).

"Doktor hospital kemudiannya mengesahkan anak saya telah pun meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang,"

"Saya baru mula bekerja hari ini selepas bercuti seminggu menyambut hari raya bersama keluarga di kampung,"

Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat. Jenazah bayi perempuan akan dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Besout, Sungkai, Perak. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.