Header Ads

Awas Jika Melancong Ke Bali! Pelancong Mungkin Termakan Daging Anjing Yang Dijadikan Hidangan Sate




Bali merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Namun ada satu perkara yang amat mengejutkan didedahkan oleh sekumpulan aktivis dari Australia. 

Dalam satu laporan oleh Reuters  yang dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan, pelancong yang bercuti di Bali mungkin telah memakan daging anjing tanpa disedari. 

Perkara itu didedahkan selepas kumpulan tersebut menjalankan siasatan selama sebulan ke atas aktiviti penjualan daging anjing di destinasi pelancong tersebut. Kumpulan tersebut mendakwa hampir 100,000 anjing telah disembelih untuk dimakan setiap tahun. 

Rakaman aktiviti tersebut memaparkan peniaga menjual daging dengan tanda huruf 'R-W' yang merupakan tanda tempatan membawa maksud 'daging anjing' dalam bahasa Indonesia. 

Kumpulan tersebut juga mendakwa akan bertemu dengan pihak berkuasa di Bali pada akhir bulan ini untuk menyeru amalan tersebut dihentikan segera. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.