Header Ads

Ayat Sentap Neelofa Kepada Fazura Dan Fattah Buat Netizen Terhibur



Kaki Share - Pengacara program MeleTop, Neelofa akui terserempak dengan pelakon Fattah Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika pergi bercuti ke Koh Sa Mui dua minggu lalu.

Neelofa, 28, ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia terserempak dua kali dengan Fattah iaitu ketika pendaftaran bagasi dan di ruangan menunggu sebelum penerbangan.

"Saya tiba di KLIA jam 6.30 pagi dan ya, saya ada la terserempak dengan Fattah dan rombongannya, tetapi ketika itu saya hanya jalankan rutin seperti biasa.

"Sikit pun saya tidak terfikir tentang 'drama' apa yang akan berlaku seterusnya, cuma saya terkejut apabila isu sekecil ini diperbesarkan dan menjadi viral dalam sekelip mata.

"Saya kesal apabila macam-macam spekulasi timbul sedangkan di pihak kami tiada apa-apa pun yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui kecewa apabila isu percutiannya itu diperbesarkan oleh sesetengah pihak dan turut kesal dituduh sengaja merosakkan mood percutian Fazura dan Fattah.

"Saya sudah menempah tiket, hotel dan lain-lain pada 16 Jun dan tidak tahu-menahu tentang mereka yang juga mempunyai urusan di pulau sama apatah lagi mengganggu percutian tersebut.

"Tentang dakwaan melarikan diri atau menyorok sebagainya, saya tidak mahu komen banyak cuma kalau saya berada di tempat mereka, saya tidak akan menukar penerbangan," ujarnya.

Neelofa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan menganggu percutian teraju utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi satin Naelofar Scarf-MAYA di Hotel Royale Chulan Damansara. - Kaki Share

www.kakishare.my
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.