Header Ads

Baby Tercekik Ketika Dalam Buai , Tertelan Cincin Permata Yang Tajam




Perhiasan seorang wanita adalah emas yang cantik namun salahnya apabila digunakan pada tempat yang tidak betul dan tidak tepat . Perhiasan emas jika dipakaikan pada kanak-kanak pasti akan melibatkan kecuiaan , samada tersangkut boleh menyebabkan kemalangan ( rantai ) , diragut dan mungkin juga tertelan . Itulah yang terjadi kepada kanak-kanak perempuan ini .

Ikuti perkongsian ibunya Siti Shuada ;

Baby saya kena masa tengah tidur dalam buai , kat jari dia ada pakai cincin sebeb bersiap nak pergi beraya . Dia bangun kakak dia tolong buaikan , sekali dia batuk macam tercekik sesuatu .
Saya cakap dengan si kakak " kenapa dengan adik "
Saya pun berlari angkat dalam buaian , saya ingat kakak dia bagi biskut atau keropok .
Saya korek dalam mulut tak ada , picit perut tak ada .

Kakak dia cakap , tadi adik hisap jari kemudian makan cincin . Saya tak percaya tapi kakak dia cakap betul . Merata juga saya cari cincin tapi tak jumpa . Saya tengok dia nangis pada mula-mula tapi lepas tu dia aktif macam biasa . Hati saya tak sedap sangat dan merasakan betul dia tertelan cincin tu.
Saya pun call suami cakap nak pergi ke hospital dan nanti doktor akan xray . 

Saya pergi hospital doktor cakap ada 3 tempat perlu xray . Doktor bagi tempat pertama , kemudian ketia . Sekali keputusan keluar memang nampak jelas sangat dan betul ada sebentuk cincin permata dia .

xray menunjukkan ada sebentuk cincin permata



Hati saya sedih sangat dengan kejadian . Saya peluk aleesha tak henti-henti ! S

Selepas dapat keputusan bawa jumpa doktor , doktor cakap ini cincin ada tajam-tajam dan kemungkinan takut ada luka usus dan tempat lain-lain juga 

Luluh hati seorang ibu . Saya jadi risau sangat ! Doktor cakap kena tahan ward kemungkinan akan kena bedah sebab takut tak boleh keluar ikut najis . Tapi doktor akan berusaha cara lain jika tidak itu sahaja lah keputusannya .

Allah berat sungguh dugaan hari ni...

Semoga anak saya Nur Dahlia Aleesa cepat sembuh dan keluarlah cincin tersebut dari najis bukan dibedah 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.