Header Ads

'Biar Rempit Tapi Hati Mulia' - Pemuda Berjiwa Rempit Tolong Makcik Susah Dapat Pujian Dari Netizen




Umum mengetahui, geng mat rempit ini sering dipandang serong oleh pengguna jalan raya. Ini mungkin kerana aksi merbahaya mereka ketika di jalan raya yang dianggap boleh membahayakan nyawa orang lain. 

Namun, ini mungkin hanya segelintir daripada mereka kerana bagi pemuda ini, tindakannya pada hari raya yang lalu mungkin boleh merubah persepsi masyarakat. Pada hari raya yang lalu seorang pengguna Twitter @MohammadNuaim memuat naik beberapa gambar yang menjadi trending di media sosial. 

Beliau menulis: 


Rata-rata netizen memuji tindakan kawannya itu kerana walaupun mempunyai jiwa 'rempit' namun masih bersepakat untuk membuat kerja amal membantu golongan yang di dalam kesusahan. 

Namun ada juga yang menuduh hanya mahu menunjuk-nunjuk namun beliau menjelaskan tujuan memuat naik gambar rakannya itu kerana mungkin ada orang lain yang mahu turut sama membantu. 

'Walaupun rempit tapi hati mulia. Semoga Allah murahkan rezeki kpd mereka' tulis @ayunisyamiraa1

Bagi @ctshrhsapie pula menambah 'inilah geng rempit yang kita perlukan, teruskan usaha. semoga dimurahkan rezeki korang semua dn sentiasa dimudahkan segala urusan.'

Malah geng 'mat rempit' ini juga turut merancang misi bantuan kedua membantu mangsa kebakaran di kawasan mereka. Semoga perancangan mereka dipermudahkan dan teruskan niat membantu mereka yang di dalam kesusahan. 


- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.