Genius Matematik Yang Pernah Jadi Pelacur, Ini Luahan Hati Sufiah Yusof Yang Kini Telah Matang
Siapa yang masih ingat si genius matematik yang pernah menghiasi tajuk utama di dada akhbar satu ketika dulu? Nama Sufiah Yusof juga menjadi tajuk sensasi kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran sekitar tahun 2008.
Setelah berita dirinya bekerja sebagai pekerja seks, kehidupan wanita itu bergolak termasuk hubungannya dengan keluarga sehingga bercerai dengan suaminya yang juga penuntut di Universiti Oxford.
Namun, hasil desakan dan ugutan dari netizen serta media, Sufiah telah mengambil keputusan meninggalkan pekerjaan yang dianggap kotor dan hina oleh masyarakat umum. Sufiah kini berusia 33 tahun dan berubah menjadi lebih matang dan aktif terlibat dalam memperjuangkan isu-isu wanita.
"Malah ada wartawan di Britain menyamar sebagai pelanggan dan dirinya diberi dadah kerana wartawan tersebut mahu merakam aksinya di ranjang." luah Sufiah lagi.
Tambahnya lagi, dia kesal kerana media sering melaporkan kisah wanita dari sudut yang negatif kerana ingin menaikkan rating rancangan mereka kerana bimbang tiada sambutan dari pembaca mahu pun penonton.
"Kerana tiada siapa yang mahu membaca. Jadi sebab itulah drama demi drama terpaksa dicipta dan disensasikan."
"Mereka obses mahu saya berkata sesuatu. Saya digambarkan dalam media sebagai seorang bintang akademik demi menaikkan rating rancangan masing-masing." Dia juga sudah penat dilabel seorang yang 'rosak' kerana dengan cara itu lebih ramai orang mahu mengikuti ceritanya.
Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Sufiah semoga Sufiah dapat beroleh hidayah suatu hari nanti dan kembali menyumbang kepintarannya kepada masyarakat.
Post a Comment