Header Ads

Hebat! Wanita Ini Berani Tangkap Ular Sawa, Kaum Adam Hanya Memerhati Saja




Baru-baru ini bertempat di Brazil, muncul seekor ular sawa yang sepanjang 2.1 meter menyelinap ke tengah jalan di Teresopolis berhampiran Rio de Janeiro yang menimbulkan keadaan panik di kalangan pengguna jalan raya. 

Difahamkan ketika kejadian rata-rata trak dan kereta dari kedua-dua arah berhenti dengan pemandunya hanya berdiri di tepi jalan dan langsung tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap ulat itu. 

Namun demikian, memetik Daily Mail Online, pada masa itu muncul seorang wanita yang kelihatan berjalan ke arah ular itu dan dengan tenangnya memegang kepala ular itu. Kemudian membawanya untuk dilepaskan di kawasan semak di tepi jalan.  


Detik itu sempat dirakam oleh seorang saksi yang dikenali sebagai Paulo Vincent yang sangkakan wanita itu mungkin tidak berani mengangkat ular tersebut kerana takut ular itu akan menyerang. 

“Saya kagum dengan wanita berani itu manakala lelaki lain hanya menunggu supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cara lain."

“Saya rasa lelaki lain sedang mempertimbangkan untuk mengguna kayu atau memanggil pakar.”

Sementara itu, wanita berkenaan dilaporkan sempat bergaya dahulu dengan ular yang berbelit di tangannya ketika rakaman dilakukan lelaki lain. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.