'Housemate Lari Tanpa Bayar Deposit Atau Sewa' - Housemate Dari Neraka Tak Nak Bayar Sewa, Guna Barang Orang Tapi Berlagak Hidup Mewah
Hidup di ibu kota memang amat mencabar ditambah pula kos yang agak tinggi. Keadaan kos sara hidup yang tinggi membuatkan segelintir daripada kita terpaksa berjimat cermat dan memotong perbelanjaan yang tidak penting.
Bagi mereka yang bujang menyewa bilik atau menyewa rumah secara beramai-ramai mungkin dapat mengurangkan kos perbelanjaan setiap bulan.
Namun timbul pula satu masalah jika rakan serumah tersebut tidak berdisiplin atau liat nak bayar sewa. Memang boleh buat pening kepala. Seperti apa yang berlaku pada Anwar Suran yang berkongsi kisah di media sosialnya.
Menurut beliau, bukanlah mahu mengaibkan penyewa tersebut tetapi supaya menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati dalam mencari penyewa rumah.
JANGAN BUKA AIB ORANG
Saya tidak mahu dengar komen seperti itu!. Kisah benar 2017
Apa masalah hidup beliau, saya tidak ambil peduli dan tiada kaitan dengan saya. Berpelajaran tinggi tidak menjamin seseorang itu ada common sense. Wajah yang baik tidak menjamin hatinya yang suci!
Kisahnya bermula pada bulan Jan 2017. Ketika saya buka iklan bilik sewa shah alam, saya telah mendapat panggilan telefon dari prospek penyewa. Katanya dia ingin menyewa bilik, siap dia kata dia seorang insan yang tidak tinggal solat tanpa saya tanya pun soalan itu!
'Makan Mewah, Shopping Sakan'
Dia kata dia baru sahaja menyewa rumah lebih kurang sebulan (saya tidak ingat) tapi dia mahu lari ke rumah saya. Saya tidak mahu tanya sebab-sebabnya kerana saya tidak mahu menyibuk hal orang.
Dia memperkenalkan diri, namanya Arsyad Bin Alfred, orang sabah, umur 26, bekerja di Makmal perubatan; Bp Healthcare Specialist Centre, Shah Alam. Setelah beliau menyewa, bermulalah kisah HITAM...
Ketika dia ingin melawat rumah, dia terus bawa barang sebanyak mungkin dan letak dalam rumah! siap bawa microwave! barang dia memenuhi bilik master dan dapur. Sedangkan duit masih belum bayar!
Hidupnya sungguh mewah, makanan-makanan yang dibeli semua mahal-mahal. Tiba-tiba dia memberikan alasan tidak mampu bayar deposit rumah 2-bulan sebanyak RM400 lebih sebab gaji masuk separuh sahaja.
Saya beri tangguh sehingga bulan kedua, tetapi pada bulan kedua, dia kata tak mampu sebab mahu pakai duit hendak buat lesen kereta. Apa punya perangai ini? Bayar tetap kena bayar, saya tidak peduli! Tetapi dia tak mahu! Sungguh pandai dia perangkap saya letak barang banyak-banyak dalam rumah agar sukar untuk HALAU!
Bila saya kira kos consumption makanan dia, hampir mencecah RM800 sebulan. Biskut dalam tin, ayam-ayam gorang, air gas berbotol-botol dll. Senang cerita peti sejuk dah jadi 'milik dia'. Malah, pergi kerja naik grab car RM30 pergi dan balik sehari! Kiralah sendiri.
'Lari Tanpa Bayar Sewa Atau Deposit'
Kerana dia seorang sahaja, rumah habis bersepah-sepah, sampah tak mahu buang, pinggan jarang sekali basuh, tilam main campak-campak je celah kerusi! Sehingga housemate pula jadi orang gaji kemaskan.
Satu lagi dia kaki mempergunakan (kudakan) housemate, suruh hantar dia pergi kerja naik motor (25 min perjalanan) walaupun hujan dan banyak lagi! Bila housmate minta pertolongan/menemani, dia selalunya tidak mahu dan tolak dengan kasar (cth: malaslah! taknak aghr), tetapi jika dia pula mahukan pertolongan dari housemate, dia sangat pula mengharapkan!
Mungkin kisah ini macam biasa-biasa sahajakan? Jom baca sampai habis...
Undang-undang di dalam rumah sewa, tidak boleh tidur di ruang tamu kerana housemate yang bekerja shif malam akan menggunakan ruang tamu di waktu pagi buta. Masalahnya dia telah menjadikan rumah macam milik sendiri.
Tutup lampu di ruang tamu pada waktu malam dan tidur di ruang tamu, siapa balik lewat malam, dia akan tunjukkan 'signal' rimas. Sedangkan dalam bilik, telah disediakan kipas syiling yang cukup sejuk dan berkualiti. Bilik adalah luas, katil kayu yang selesa malah tilam kekabu yang empuk!
Cerita ini masih tidak best? Ada orang yang lebih teruk perangai? Hahaha... baca dulu...
Setelah saya 'sound' minta deposit dengan keras, akhirnya dia lari dari rumah sewa dan saya telah kerugian RM400. Sudahlah lari, malah mempergunakan housmate saya yang alim untuk angkat barangnya yang 'bertan-tan!'.
'Suka Hati Masuk Bilik Orang'
Dan dia BLOCK nombor dan facebook saya serta hilangkan diri terus. Bila housemate yang baik hati tanya khabar dia, dia tidak mahu balas. Kiranya dia mahu buka buku barulah ini. Sekejap, kisah belum tamat lagi, tolong baca lagi...
Sehinggalah pada 14/07/2017;
Rumah sewa dia (yang dia duduki sekarang) telah dikunci oleh housmate (jumlahnya 6 orang). Mungkin ditukar tombol kerana tidak mahu dia masuk ke dalam rumah. Agak-agaknya kenapa? Ha Ha Ha! Anda sendiri boleh agakkan? Hal ini saya malas ambil tahu.
Dia terus hubungi housemate rumah sewa saya merayu minta tumpangkan dia sekejap tetapi jangan inform pada penjaga rumah bernama Anwar Suran! Dia kata dia dalam kesusahan dan amat perlukan perlindungan. Akhirnya, dengan ihsan housemate, dia masuk ke dalam rumah sorok-sorok dan menceroboh bilik penyewa saya yang ketika itu sedang outstation bekerja di Thailand. Dia masuk ke dalam bilik dan kunci! Suka hati kau je!
Dia makan makanan di dalam rumah tanpa izin! Dia makan makanan orang bukan sedikit tetapi banyak! Sehingga housemate pelik, siapa minum kopi aku? Siapa makan makanan ringan aku? Mi segera aku mana? Tetapi oleh kerana housemate ini adalah seorang yang alim maka mereka tidak mahu tuduh siapa-siapa. Kemudian dia suka hati pula mandi-manda di rumah orang.
'Housemate Lain Dah Mula Bengang'
Macam biasa, dia kudakan housmate, minta tolong hantar dia kesana-sini. Ok, ini cerita best... ketika dia balik kerja sekitar pukul 11 malam, dia tak dapat masuk ke dalam rumah sebab tiada kunci. Dia whatsapp/call salah seorang housmate (yang paling banyak berkorban untuk dia), tetapi tidak berbalas sebab housmate itu dah tidur lena. Hendak tahu dia whatsapp apa pada housemate yang sedang tidur itu?
"...Weh! bukalah pintu bodoh!!!!..."
"...Perangai kau ini macam sial lahhh!!!..."
Akhirnya dia dapat masuk juga ke dalam rumah sebab kebetulan housemate lain balik kerja lewat malam dan dia boleh masuk ke dalam rumah bersama housemate tersebut. Terus meluru ceroboh bilik orang lain (yang sedang outstation dan tidur lena). Pintu bilik dikunci agar tiada siapa ganggu.
Housemate dah mula bengang dengan sifat dia kerana maki hamun orang dan lupa baik budi. Mempergunakan orang bila memerlukan! Housemate tersebut lalu halau dari rumah kerana tinggal secara haram, tetapi dia enggan keluar. Mahu tidak mahu, housemate tersebut report pada saya. Mereka ceritakan dari A sampai Z!
Ketika saya sampai di rumah (dalam pukul 9.00 pagi), saya terus halau dia dan minta RM50 sebagai bayaran tinggal di rumah tanpa izin malah ceroboh bilik orang lain! Sudahlah sebelum ini block nombor saya, malah suatu ketika dahulu dia menyebabkan saya kerugian kerana tidak mahu bayar deposit rumah RM400! tidak malu ke? hendak tahu apa dia jawab?
'Sempat Curi Tabung Rumah Pulak Tu!'
"...okay, saya akan keluar dari rumah pada pukul 11.00 pagi ini..." sambil tidak berbaju, pakai boxer sahaja. Kemudian buka laptop dan layan laptop atas katil. Gila!!!! kemudian housemate saya halau dengan suara yang keras, siap beri ceramah dan takzkirah tetapi dia tak endahkan.
"...Saya harap, ini last saya nampak muka kamu di rumah ini!..." saya berkata dengan suara yang sedikit keras.
Lepas itu dengan selambernya pada pukul 10.00 pagi, masuk ke dalam bilik air, mandi-mandi, bersiap dan keluar dari rumah. Celaka sungguh buat seperti rumah sendiri.
Ketika dia keluar dari rumah, sempat lagi dia MENCURI duit tabungan seluruh housemate saya di dalam bekas atas meja ruang tamu! Duit itu digunakan untuk membeli penyapu, plastik sampah, gas dll.
Apakah komen anda terhadap manusia seperti ini? Semoga anda berhati-hati dan usah beri sewa. Sila ambil pengajaran.
Ban!
Post a Comment