Isu Tidak Beraya Bersama , Akhirnya Diana Danielle Buka Mulut
Pada awal syawal yang lalu , dikatakan Farid dan Diana masing-masing ada memuatnaik status berbaur kesedihan dimana mereka tidak dapat merayakan syawal bersama .
Kerana status itu , netizen menganggap keluarga kecil Farid sedang berada dalam masalah .Namun dapat dilihatdi IG milik Diana , selepas beberapa hari raya mereka ada meraikan hari anak lelakinya Muhammad yang ke-4 tahun .
Demi menjawab persoalan para peminat kepada pasangan itu , akhirnya Diana tampil menceritakan hal sebenar .
“Memandangkan keadaannya begitu lemah, ibu memerlukan penjagaan rapi,” katanya.
“Ia bukan seperti didakwa pihak terbabit. Tiada apa-apa masalah di antara saya dengan Farid. Saya cuma menjalankan tanggung jawab saya sebagai anak. Itu saja.
“Aidilfitri tidak bermakna jika ibu saya tidak sihat dan sekiranya tiada orang yang menjaganya. Anak-anak gembira di Kedah kerana mereka ada ramai sanak-saudara di sana dan Farid juga bersama mereka,” katanya.
Diana berkata, dia tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang ditimbulkan segelintir netizen.
“Jika saya terus memberi maklum balas terhadap isu yang tidak berasas, saya semakin membuka ruang sebagai sasaran mudah mereka.
“Saya enggan menjadi sasaran mereka dan mangsa buli netizen. Lebih banyak perkara berfaedah yang perlu diberi tumpuan selain dapat membawa kebaikan,” tambah Diana memetik HarianMetro.
sumber : HarianMetro
www.kakishare.my
Post a Comment