Header Ads

Kantoi Jugak Akhirnya ! Wanita Scam Duit Masuk Perangkap Aeril Zafrel





Menerusi laman IG milik Aeril Zafrel , seorang wanita yang dikatakan telah menipu beliau dalam satu urusan pembelian produk @wawazainalrtw dan @limawaktuhq yang mencecah kerugian puluhan ribu secara online. 

Aeril dikatakan membuat pancing agar wanita berkenaan hadir dan masuk ke perangkap beliau dengan bantuan pihak polis . Syabas . 

Menurut netizen yang memberikan komen di laman IG beliau , lokasi kejadian dilaporkan di Petron Sijangkang Bt 8 . Dalam video berkenaan , seorang wanita berbaju hijau hadir ke lokasi mungkin untuk mengambil stok baju limawaktu atau barang yang telah dibuat pesanan . Dilihat reaksi muka wanita berkenaan tergamam apabila lelaki yang dijumpai itu menunjukkan kad kuasa polis .

Wanita berkenaan kemudian diarahkan ke kawasan sekitar Petron Sijangkang untuk disoal selidik .




Alhamdulillah Aeril , akhirnya orang yang scam telah berjaya ditangkap . Legalah perasaan , mana tidaknya mencecah puluhan ribu ringgit bukanlah jumlah yang sedikit . Tahniah dan syabas sekali lagi PDRM !

Jadi , kepada korang yang berniat nak scam orang tu , hentikanlah niat tersebut ."MAKAN TAK HABIS" nanti , carilah rezeki yang berkat untuk diberikan makan kepada ahli keluarga kita .


www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.