Header Ads

Kantoi, Nama Sebenar Viral, Sajat Akui ramai tidak senang dengan pencapaian



Dalam Malaysia siapa masih tak kenal dengan usahawan kosmetik yang hot dan seksi ini, individu yang bernama Nur Sajat yang cukup dan terlalu popular dan sering menjadi trending dan menjadi perhatian netizen dengan gosip-gosip panas yang agak wow. Tapi yang hebatnya Sajat bagaimanapun tidak mudah melatah dan melenting dengan pelbagai isu yang sering terkait dengan dirinya.

Baru-baru ini pula hangat viral beberapa keping foto maklumat peribadi yang sulit seperti kad pengenalan dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang didakwa milik Sajat. Betul ke itu nama sebenar Sajat? Ini respon Sajat.
Menurut laporan akhbar perdana Berita Harian, Sajat telah mengakui tidak kisah pun dengan pandangan negatif netizen dan sedar ramai yang ingin menjatuhkannya dan merosakkan kredibilitynya. Lebih-lebih pula, mereka yang sangat tidak senang dengan pencapaian dan kejayaannya macam hari ini, terutama dalam bidang perniagaan kecantikan yang diusahakan sehingga dia mempunyai segalanya.

"Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.

Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?."
Bagi individu bernama Sajat ini, dia tidak peduli dengan kata-kata sekeliling yang akan mengecamnya dan perlu tabah menghadapi dugaan yang bakal dihadapi kelak. Ini kerana, dia lebih tahu realiti dan fakta sebenar.

"Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.

Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya."

Sumber: Berita Harian



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.