Header Ads

'Kepada Gadis Shell, Saya Minta Maaf' - Lelaki Cabul Gambar Gadis Shell Tampil Mohon Maaf Atas Tindakan Melampau Sehingga Cetus Kemarahan Orang Ramai




Lelaki yang 'mencabul' poster gadis Shell yang menjadi bualan hangat netizen tampil meminta maaf di atas tindakan yang melampaui batas. Permohonan maaf itu dibuat melalui akaun Instagram _nasrulazmi yang dimuatnaik semula di Facebook Mualim Mohd Fadhli. 

Namun, dalam cubaan mencari akaun tersebut ianya tidak lagi aktif ataupun mungkin sudah bertukar nama. Melalui paparan skrin yang dibuat naik, lelaki itu menulis: 

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,”

“Semoga Allah dan kamu semua memaafkan kesilapan saya. Terima kasih atas kecaman yang membuatkan saya sedar.

“Sekali lagi, saya Nasrul Azmi memohon maaf kepada semua, harap perkara ini tidak diperbesarkan lagi. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin,”


Poster gadis Shell menjadi viral sekali lagi kerana tindakan sekumpulan lelaki bergambar dengan mencium dan memegang bahagian sensitif sehingga membuatkan tuan punya badan, Nor Shafila berasa kesal dengan tindakan tersebut. Walaupun ianya hanya sekeping gambar, ianya telah mengundang kemarahan netizen kerana membuktikan gangguan seksual kepada wanita dan di anggap sebagai satu bentuk pencabulan. 

Sehubungan itu, pihak Shell telah membuat keputusan untuk menarik balik semua papan poster yang memaparkan gadis Shell tersebut. Menurut satu kenyataan oleh Shell, syarikat itu tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat dan budaya rakyat Malaysia. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.