Lelaki Ini Terpaksa Tanggung Derita Penyakit Kaki Gajah, Kaki Kiri Membengkak Sehingga Berat Mencecah 60KG!
Umur yang menjangkau 20an pasti banyak impian yang mahu dicapai dan dikejar. Ianya sama sahaja bagi pemuda berumur 24 tahun yang berasal dari Kelantan ini. Sudah pasti dia mempunyai impian dan cita-citanya tersendiri tetapi malangnya itu semua hanyalah mimpi kerana dia tidak dapat menjalani kehidupan seharian seperti kebanyakan orang lain.
Walaupun seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Izani Mat Jaih tidak dapat bergerak malah terpaksa menanggung derita kerana kaki kirinya semakin hari makin membengak sejak beberapa tahun yang lalu. Penyakit kaki gajah yang dihidapinya itu telah mengubah kehidupannya yang penuh aktif sebelum ini.
Menurutnya, dia harus menahan kesakitan apabila kakinya itu mengeluarkan air yang berbisa. Kaki kirinya itu kini seberat 60kg. Menceritakan semula, pada tahun 2008 dia diserang kegatalan di kakinya dan turut demam panas selama seminggu. Ketika mendapatkan rawatan, doktor memberitahu apa yang dialami itu tidak serius dan cuma masalah kulit.
Makin lama kakinya makin membengkak walaupun telah mendapatkan rawatan pakar tulang dan kulit. Hari berganti hari kakinya tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengecil. Kisahnya yang mendapat perhatian media seperti Harian Metro dan The Star telah menarik Exco Negeri Kelantan, Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan yang menziarahi rumahnya yang terletak di Desa Takwa, Kg Paloh Rawa, Machang.
Menurut laporan The Star, pemuda tersebut telah mendapatkan pemeriksaan secara menyeluruh baru-baru ini dan keputusan ujian tersebut dijangka diketahui pada 19 Julai nanti. Diharap penyakit Izani dapat dirawat dan sembuh seperti sedia kala!
Post a Comment