Header Ads

"Macam Mana La Dia Boleh Tidur Dalam Bilik Macam Ni" - Lelaki Ini Kongsi Penyewa Bilik Hidup Dalam Keadaan Yang Kotor Dan Tidak Terurus




Selalunya bila kita dengar kisah bilik sewa atau rumah yang ditinggalkan oleh penyewa dalam keadaan kotor dah tentu terlintas ini mesti anak dara punya kerja. Tipikal bila netizen akan mengecam anak gadis yang sering dicop sebagai pemalas dan hanya pandai berhias serta berswafoto sehingga nak uruskan kerja rumah pun tak tahu. 

Tapi, hakikatnya tiada beza pun sama ada penyewa itu lelaki atau perempuan, bujang mahupun sudah berkeluarga. Dua kali lima. Semuanya sama sahaja jika sikap pengotor itu sudah bersarang di dalam hati. 

Terbaru, seorang netizen Mohd Hafriz Haiqal berkongsi beberapa keping gambar bilik sewa di sebuah pangsapuri Bukit Beruntung yang disewa oleh seorang lelaki dalam keadaan yang sangat kotor. Penyewa tersebut juga merupakan rakan baiknya malah rakannya itu tidak lagi membayar sewa sejak enam bulan yang lepas.


BILA DAH BUAT BAIK, MACAM NI YANG DIA BALAS..
.
Assalamualaikum.. nak cerita pengalaman sikit. Selalu tengok kat fb je. Tapi harini kena kat batang hidung sendiri. Kawan baik mintak tolong takde tempat tinggal, sy pon bg la sewa satu rumah dengan pakcik saya yang masih bujang. 

Setengah tahun lepastu kawan ni berhenti kerja. Lepastu dekat 6 bulan tak bayar sewa bilik lepas berhenti kerja. Ok lagi la sebab fikir nak tolong kawan sampai dia dapat kerja balik. Satu hari dengar cerita barang pakcik dalam rumah ade yang hilang..

Tergerak hati nak jumpa kawan ni tanya. Time dtg dia takde kat rumah... sekali tengok bilik dia ya allah... tak tau nak ckp ape... macam tong sampah, penuh sampah sana sini. Sampah dah busuk berulat2. 


Pinggan mangkuk kotor semua ade dalam tu tak terbasuh dah berkulat.. sampai tilam bantal tempat dia tidur pun dah naik kulat. Tak tau la mcm mana dia boleh tidur dgn keadaan macam tu. Tambah bau baju2 kotor yang tak basuh lagi.. panas je hati tengok keadaan mcm tu. 

Terus aku whatsapp member aku tanya. Dia senyap tak reply ape2 sampai sekarang. Lepas dari kes aku whatsapp tanya tu pakcik cakap dia dah takde balik rumah dah lepas tu.

p/s: buat baik kena berpada2, sedangkan kawan baik sendiri pun boleh buat mcm ni.. hmmm




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.