'Mak Cikgu Nak Minta Seringgit Buat Fotostat Latih Tubi , Setakat Seringgit Pun Nak Minta Anak Murid '
Zaman sekarang ni semuanya nak on the spot , jadi kenalah fotostat . Kalau dulu , budak menyalin soalan , jadi masing-masing akan sediakan kertas atau buku latihan sendiri . Sekarang semuanya nak cepat , kejar masa , kejar silibus pembelajaran yang dah semakin banyak dan semakin sukar .
Jadi untuk mempermudahkan kerja , cikgu akan kumpul duit dari setiap seorang pelajar untuk di fotostat kertas-kertas latihan tubi . Namun tidak semua ibubapa mampu untuk memberi setiap kali ada latihtubi yang nak difotostat . Namun tampil seorang cikgu menceritakan disebalik seringgit itu mampu menyara perbelanjaan bulanannya malah boleh buat bayar kereta .
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Saleh :
" Mak, cikgu minta seringgit. Cikgu nak buat fotostat soalan latih tubi."
" Cikgu kamu ni pun, setiap minggu minta seringgit. Kedekut betul cikgu kamu ni. Setakat seringgit pun minta dengan anak murid lagi.
Sedekah je lah. Sekelas baru 30 orang. Baru RM30. Macam inilah guru zaman sekarang. Bukan macam guru dulu-dulu yang ikhlas mengajar. Guru sekarang semua mata duitan. Tak ikhlas langsung.
Cakap kat cikgu kamu, belajar ikhlaskan niat. Jangan nak jadi mata duitan sangat. Bersedekahlah pada murid-murid," bebel Mak Semah sambil mengambil duit RM1 yang diselit dicelah baju dalam.
Dan si anak, penuh jujur menyampaikan pesan ibu pada guru mulianya. Si guru menarik nafas panjang. Ingin sahaja dipulangkan paku buah keras, tapi dia masih sedar dia merupakan guru.
Dia merenung kembali kehidupan dan perjalanan dia sebagai seorang guru sehari-hari. Dia mengajar 5 kelas yang bakal menduduki peperiksaan. Setiap kelas punya 35 orang murid. 5 kelas bermaksud 175 orang murid.
Saban minggu dia perlu fotostat sejumlah latihan yang bernilai RM1 untuk setiap murid. Kadang jumlah itu lebih dari itu, tapi dia diamkan sahaja. Yang lebih itu anggaplah sedekah.
Tapi kalau nak sedekah untuk 5 kelas, dah RM175 seminggu. Kalau sebulan dah RM700. Lepas dah bayar ansuran Myvi dan bil api air tu.
Malah, setiap hari dia bawa pensel, pemadam dan pembaris tambahan. Untuk diberi pada murid yang selalu sangat hilang semua alat tulis itu. Belum dikira hadiah yang diberi setiap kali murid berjaya menjawab dengan betul.
Dia tak kira semua itu. Semua itu dibeli dengan duit poketnya. Bukan boleh claim walau seringgit. Tak pernah dia berkira, tidak pernah dia merungut derita.
Tapi hari ini, seorang anak didik yang dikasihi datang membawa pesan ibu yang mengguris hati.
Seolah semua tunjuk ajarnya selama ini tidak bererti. Seolah semuanya itu demi duniawi. Seolah dia seorang guru yang langsung tak punya ikhlas dihati.
Setelah bertenang, dia menjawab kepada muridnya,
" Awak pulang nanti, bagitahu emak awak macam ini;
Hari ini, abang TNB datang rumah cikgu membawa resit bil bulanan. Tapi dia tak serahkan pada cikgu, sebaliknya dia berkata,
" Cikgu merupakan guru paling ikhlas di dunia. Maka cikgu tak perlu membayar bil elektrik seumur hidup."
Kemudian datang pula abang Syabas membawa resit bil air, pun begitu katanya pada cikgu.
Yang paling cikgu terkejut, bila cikgu pergi bank untuk bayar ansuran kereta Myvi cikgu, pegawai bank itu berkata,
" Cikgu tak perlu membayar ansuran kereta lagi seumur hidup. Ini kerana semuanya telah dibayar dengan keikhlasan cikgu. Pergilah pilih kereta baru pula, jangan risau, cikgu tak perlu bayar apa-apa."
Hal ini juga berlaku di pasaraya, kedai makan dan segala tempat yang cikgu kunjungi."
Si anak murid mengangguk-angguk kepala tanda faham. Dan cikgu itu tersenyum sahaja melihat gelagat muridnya. Dia berharap, mesejnya itu sampailah kepada si ibu ini.
Mesej yang mudah dan jelas. Kan?
Yang faham tu, fahamlah. Yang tak faham-faham juga, tak perlu susah hati. Pergi kedai beli guli dan main kat tanah. Mainlah dengan gembira, okey! ;)
#MFS
- Ikhlas itu dinilai Allah taala, bukan manusia.
Jangan berkira untuk beri kepandaian pada anak-anak , jika kita rasa ia satu pembaziran maka kita didiklah mereka dengan cara kita sendiri . Yoshh !!
sumber : Mohd Fadli Salleh
www.kakishare.my
Post a Comment