Header Ads

Mayat Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Hampir Kena Lupus Oleh Lori Sampah




Sampainya hati ibu! Seorang mayat bayi dijumpai dibuang dalam tong sampah di hadapan sebuah kedai di Taman Mutiara Indah, Puchong. 

Mayat bayi tersebut dijumpai oleh pekerja pembersihan ketika sedang mengutip sampah di lokasi berkenaan kira-kira jam lapan pagi tadi. Menurut laporan Harian Metro, bayi berkenaan dianggarkan baru berusia sebulan. 

Mayat tersebut dijumpai dibungkus dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah berkenaan. Sebelum itu, pekerja pembersihan hanya menyedari bayi tersebut setelah meletakkan plastik sampah ke dalam lori sampah sebelum terkejut melihat mayat bayi berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada seorang lelaki mengenai penemuan itu.

"Sepasukan polis ke lokasi untuk melakukan siasatan berhubung ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,"




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.