Header Ads

'Semoga Hadiah Ini Mendekatkan Kami Semua Kepada Allah' - Wanita Ini Anggap Poligami Adalah Satu Hadiah Dan Bukannya Ujian Buat Ramai Netizen Terharu




Apabila bercerita tentang poligami, tidak ramai golongan isteri yang mampu menerima bahawa suami mereka mahu berkahwin lagi satu. Banyak kali kita terbaca kisah-kisah bagaimana suami berlaku curang ataupun berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri. Dan sebagai manusia biasa, perasaan marah dan sedih sudah pasti akan melanda bila mengetahui keinginan suami untuk bernikah satu lagi.

Namun, jarang sekali kita dengar isteri yang sanggup menerima 'ujian' tersebut dengan hati yang rela malah turut membantu suami memilih calon isteri yang baru sehingga lah turut sama meminang dan menyarungkan cincin pertunangan malah turut melihat suami diijab kabul dengan wanita lain. Perkongsian dari Shikin Mohmad ini mungkin dapat menjadi inspirasi buat wanita lain yang menghadapi situasi sama. 

Ku Pinang Isteri Buat Suamiku

Aku bukan malaikat dari kayangan. Aku sama saja dengan wanita lain. Sebut saja poligami remuk redam hati dan rasa mahu "smack down" saje suamiku ini.

Aku bukan malaikat. Perasaan marah, sedih, kecewa semua ada sebagai manusia yg penuh dengan nafsu manusiawi. 

Suamiku sabar berterusan mendidikku dekat dengan Allah. Aku khatam berkali2 buku karangan kapten Hafiz "202 Tips Poligami".

Satu ayat yang sangat menyentap terus hatiku yang dalam kesedihan. "Apa bukti aku cinta pada Allah melebihi dari suamiku jika aku menentang keras syariat Allah yg satu ini sedangkan suamiku sangat berkemampuan untuk adil.

Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuanNya.

Asalnya aku melihat poligami ini satu ujian. Aku cuba selusuri hidup Rasulullah saw. Kehidupan jauh penuh dengan ujian dari kecil kehilangan seorang demi seorang yg baginda sayang dari ayah, ibu, datuk, isteri tercinta dan bapa saudaranya. Ujian dihina dan dikatakan gila oleh org kafir. Dibaling batu hingga berdarah kepala baginda. 

Allahu ujian apakah ini melainkan untuk mengangkat darjat baginda makin mendekat kepada Allah. Apakah pantas hasil dari sabar dengan ujian dapat bertemu dengan Allah itu digelar ujian? Pastinya itulah hadiah yang paling teragung dan kejayaan yang termulia.

Aku ingin juga dicintai Allah sepertimana cinta Allah kepada Rasul. Target akhirat ni membutakan mataku untuk melihat poligami sebagai Hadiah dari langit bukan satu ujian. 

Ajaibnya apabila kuubah cara pandang, Allah titipkan begitu banyak kekuatan membolehkan aku turut sama membantu memilih calon isteri buat suamiku. Kekuatan dari ilahi juga membantuku meminang dan menyarungkan cincin tunang bahkan menyaksikan ijabkabul suamiku dengan wanita lain. Allahurobbi. Lahaulawalaquwwataillabillah.

Moga hadiah ini mendekatkan aku, suamiku dan maduku dekat kepadaNya. Moga usaha dakwah kami kian rancak dan urusan perniagaan kami makin lancar. Poligami atau tidak bukan itu yg membezakan kita dihadapan Allah. Penentunya adalah ketaqwaan kita padaNya. Mohon doa dari semua.  - www.kakishare.my

_____________________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.