'Suami Asyik Berkepit Dengan Telefon Sampai Tak Hiraukan Anak Dan Isteri'
Telefon pintar merupakan gajet yang sangat penting di zaman sekarang ini untuk kita terus berhubung. Tanyalah pada siapa-siapapun pasti hidup tak keruan jika tiada telefon pintar di sisi walaupun hanya untuk seketika.
Hal ini menjadi satu isu kerana tiada interaksi sebenar antara manusia, tetapi hanya interaksi di alam maya. Malah, sebagai contoh kalau dilihat mana-mana tempat makan walaupun waktu itu sepatutnya diluangkan untuk keluarga namun, masing-masing dengan gajet mereka. Baik ibu bapa ataupun anak-anak.
Telefon pintar memang ada pentingnya namun jika terlebih atau terlalu obses mungkin timbul pula perkara negatif darinya. Ikuti luahan rasa seoran isteri yang makan hati apabila si suami leka dengan telefon pintarnya.
‘SAMSUNG ITU MADUKU’
Ya Samsung itu maduku bukan iphone hanya Samsung biasa. Dia berjaya memikat hati suamiku. Di awal hening subuh celik sahaja mata suami terus di usap Samsung itu dengan penuh kasih saying tanpa bekerlip mata.
Suamiku terlalu asyik sampai tak sedar anak yang hampir jatuh katil. Selepas aku siapkan anak untuk ke kerja suamiku masih asyik dengan Samsung itu bagaikan ada magnet yang melekat ditangannya itu.
Tempoh bekerja 8pagi hingga 5 petang, sesekali aku memeriksa tanda whatsapp dan FB suamiku, ya selalu juga naik ONLINE tapi mesej ku masih dibiar tanda tanya. Whatsapp tanpa ON blue tick. Jam 5.30petang selepas ambil anak-anak dari tempat asuhan aku pulang ke rumah, suamiku sudah sampai seperti dijangka Samsung itu tetap di tangannya tanpa menghirau salam dari anak-anak.
Tambah pilu bila anak-anak merengek inginkan ayahnya bermain bersama lalu diherdiknya anak itu. Sungguh kuat tarikan Samsung itu. Apa istimewanya Samsung itu? Apakah kandungan Samsung itu?
'Siapa Tahu Kami Hilang Di Mata Nanti'
Jam 8 malam kita tetap makan bersama tapi sambil makan Samsung itu tetap di tangan masih sibuk scroll naik turun fb tanpa arah tujuan. Bosan menatap wajah isteri yang kian dimamah usia barangkali dengan anak-anak yang makan bersepah-sepah.
Selesai makan di depan tv Samsung itu masih di tangannya. Aku mulai makan hati, diam seribu bahasa hanya kedengaran suara anak-anak yang bermain kejap gaduh kejap baik.
Wahai suamiku tidak perlu menghulurkan salam perkenalan kepada gadis-gadis FB atau wechat yang kehausan kasih sayang lelaki. Tidak perlu like atau komen gadis-gadis seksi di FB. Tidak perlu download video- video lucah dari group Whatsapp mu.
Ketahuilah aku isterimu mengidamkan kasih sayang dan pelukan seorang suami seperti awal perkahwinan. Anak-anak hanya ada masa kanak-kanak sekali. Berilah mereka peluang untuk membesar dengan kasih sayang seorang ayah yg penyayang. Masa tidak mungkin berputar kembali. Habiskanlah masa bersama kami selagi kami di depan mata. Siapa tahu kami hilang di mata nanti. - www.kakishare.my
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Post a Comment