Header Ads

Suami 'Makan Luar' Semasa Ketiadaan Isteri Hanya Kerana Isteri 'Tak Gebu'





Salam admin.. mohon hide fb sy..

apa yg sy ceritakan nie baru sahaja berlaku dlm rumahtangga sy..sy jadikan pengajaran supaya takkan berulang lg..mungkin ada sesetengah pihak akan mengatakan ia keterlaluan.tp sy xkisah.sbb sy xnak hilang suami dan taknak anak sy hilang ayah.

Saya dan suami dah berkahwin 3 tahun setengah dan dikurniakan seorang anak..dari awal perkahwinan suami tidak pernah menunjukkan tanda2 minat kpd wanita lain..sy berkahwin dgn dia pun sebab dia setia dgn sy..4 tahun bercinta..dia tak pernah curang dgn sy..baru2 ini sy outstation ke Johor atas urusan kerja.kerja saya sepatutnya 18 hari.sepanjang di sana sy hari2 minta dia video call sebab rindukan anak..dia vdeo call mcm biasa..sy tak syak apa2..dijadikan cerita kerja sy siap awal..tak sampai 18 hari.
selesai semua kerja sy buat keputusan utk balik terus ke rumah kerana rindukan mereka berdua.sy sampai di rumah sy pukul 12.30 malam.suami dh tidur..sy mandi dan siap2 utk tidur..sy peluk cium anak..rindunya 2 minggu tinggal..ketika sy nk selimutkn suami,sy ternampak handphone masih d tangan.( suami sy kalo dah tidur,memg dia tidur mati tak sedar ).sy ambil handphone di tangannya utk dletakkan di meja.
mungkin Allah nk tunjuk pd sy.ketika sy pegang handphone dia,1 mesej masuk di application WeChat bertulis “GOOD NIGHT SAYANG..SWEET DREAM..I MISS U..I LOVE U..” tangan sy mula bgetar..sy anggap mungkin group wechat.sy kuatkan hati untuk buka check mesej itu..Allahuakhbar..jatuh air mata sy..mendidihnya hati sy time tu..mesej dr seorang wanita..sy kejut suami sy utk minta penjelasan hal sebenar.tetapi dia x bangun..memg dia jenis lena mati..sy kuatkn hati..
sy scroll semua msg2 tu..hati sy kian remuk..nak tau apa yg sy jumpa? gambar kemaluan perempuan itu dalam keadaan dia mengangkang..dia snap dan sent kepada suami…Allahurabbi..perempuan tu hantar gambar kemaluan dia pada suami sy..gambar “nasi lemak” dia pun dia hantar..sy sedih sgt..sy sendiri sbg isteri tak pernah pun hantar gambar mcm tu pd suami sy..walaupun kami halal..malu..
malam tu sy jd mcm orang hilang arah..segala penat bkerja hilang sekelip mata..sy kuatkan hati utk reply wechat perempuan itu,guna hp suami sy..sy terangkan bahawa sy isterinya..dan sy baru dapat tahu perlakuan suami sy di belakang sy.suami sy curang.suami sy phone sex dgn perempuan lain..sy cakap kt perempuan tu,kalo betul nak kan suami sy,ambillah..bt la dengan cara halal. sy rela lepaskn suami sy.sy tak sanggup bermadu..di akhir msg itu sy letakkan no telefon sy ..kemudian sy screenshoot semua msg2 & gambar yg ada dalam hp sy.sy sent kepada mak mertua sy.
malam tu jugak..kemudian,sy letak kembali handphone dia.sy pura2 tidur..tp sy xmampu menahan air mata sy drp mengalir.habis 1 bantal basah dengan air mata sy..bila dh dekat subuh,suami sy bangun.sy tengok dia melalui celah2 bantal peluk,dia terkejut tgok sy ada skali. dia tak tahu yg sy nk balek.sy fikir sy nk bt surprise kt dia..akhir skali sy yg terkena surprise..sy pura2 tidur..nk tengok reaksi dia..kemudian dia bukak handphone.sy tau dia mesti baca msg yg sy dh sent kt perempuan tu.air muka dia berubah.dia bingkas bangun dr katil.dia bjalan ke hulu ke hilir dlm bilik sambil garu2 kepala..sesekali dia meraut wajah dia sambil tgok sy yang tengah tidur.masa tu air mata sy dh stop..tak banyak mcm td..
bila tgok muka dia sy jd geram..sy bangun pergi ke toilet nk cuci muka.dia tarik tangan sy..nk cakap sesuatu.tp sy tak endahkn.sy bt mcm orang pekak bisu.sy tak cakap sepatah pn kt dia..bila hari dh siang,dia tak pergi kerja.sibuk memujuk sy..masa tu tahap kemarahan sy dh memuncak..sy tak mampu nk kawal emosi.sy dh jd hilang kawalan..kepercayaan yg sy berikan dia dh hancurkan..ibarat hati sy yg dh hancur berkecai.sy serang dia..sy tumbuk dia,sy tampar pipi dia,sy belasah dia habis habisan..dia memg terkejut dgn perlakuan sy.sbb sy seorang yg lemah lembut tak pernah tinggikan suara kt dia..dia tak melawan..dia cuma menangis..
sy minta cerai.dia taknak lepaskn sy.sy siap2 nak ke pejabat agama dia melutut merayu peluk betis saya,cium kaki saya…sy tak endahkan..sy minta dia packing kain baju dia,balek rumah mak dia..( rumah yg dia tinggal sekarang adalah rumah pusaka keluarga saya )..sy keluar bawak anak tapi sy tak pergi pejabat agama.sy taknak family sy tahu..balek rumah sy tgok rumah kmi dh kosong tanpa pakaian dia..sy sedih.rasa bersalah sbb halau dia..tiba2 dengar kereta dia balek.dia masuk ke rumah sambil menangis.dia cakap yg mak dia jugak tak terima dia..mak dia marah selepas dapat msg drp sy semalam..kesian pula sy tengok..
dia minta sy duduk..dia nk jelaskn hal sebenar.sy bg peluang dia jelaskan.dia cakap dia sekadar suka2 saja melayan perempuan tu.lepas tu sy tanya lg kenapa cari prempuan tu,dia cakap dia sunyi,sy bz kerja..sy cakap kt dia, dia takkan sunyi kalau dia mampu sara sy & anak.masalah nya dia beri nafkah sebulan rm100..itulah pampers anak..itu lah barang keperluan sy.memg tak cukup.sy tanya lagi,apa kurangnya saya..apa lebihnya perempuan tu.
dia cakap perempuan tu cantik putih gebu..sy makin panas..sy ajak dia kluar..dia ikot saja.sampai di mall,sy masuk ke satu kedai menjual product2 kecantikan..sy amek satu persatu barang yg sy nak..sy ambil jamu..sy ambil minuman collagen,sy amek kapsul,sy amek set penjagaan diri..sy ambil krim muka yg bjenama dan lain2 lg..lepas dh selesai,sy minta dia bayarkan. berkerut dahi dia total barang semua rm400 lebih..dia cakap dia tak da duit nk bayar..sy cakap kt dia,sy tak nak dengar alasan tak ada duit.bila sy cakap sy nak dia mesti bayar..
selama 4 tahun bercinta,3 tahun kahwin sy tak pernah mintak apa pun drp dia.apa yg kurang,sy beli guna duit saya sendiri..yaa..banyak yg kurang..walaupun pencuci muka rm5 pn dia tak pernah belikan utk sy..dengan berat langkah dia pergi ke ATM kt situ..kmudian dia datang smula untuk bayar harga barang tu..masuk dalam kereta,sy cakap kt dia nk cantik bukan pakai air liur saja taw..semua pakai duit.awak bg sy sebulan rm100.itulah barang anak.itulah barang sy..mcmna sy nak cantik. kadang2 baki kt tangan saya tak sampai rm10..sy nk beli apa dengan nilai tu..dia diam saja..puas hti sy..
kmudian sy minta rm500 kt dia..sy tipu dia sy cakap sy nk amek injection vitamin c.. esok nk kna drip nk bg putih gebu..dia merayu cakap stop bt smua nie..dia dh xda duit..sy ugut dia,kalo kedekut duit,tak ada duit,jgan berangan nak sy jadi cantik2..walaupn sy bkerja,tapi duit saya byk sy hbiskan untuk perabot rumah kami,makan pakai sy dan anak & barang dapur..kadang pakaian sy sendiri pun tak bersalin..
keesokan harinya..dia cakap dia tak mampu bg sy rm500 sbb betol2 tak ada duit..dia bg sy rm100 saja.sy tak ambil duit tu..sy buat bodoh.. kemudian,ptg tu sy buat surat perjanjian hitam putih antara kami..(surat tak rasmi).dlm surat tu ada beberapa perjanjian yg dia perlu ikot.kalo dia langgar perjanjian tu,sy ugut bawak kes ke pejabat agama..antara isi kandungan surat tu,dia mesti sediakan barang kperluan sy,dia takkan berlaku curang lg,dia takkan phone sex dgn mana2 perempuan,dia akan delete WECHAT dan takkan install lg..
lepas dia setuju,dia tandatangan surat tu bersaksikan abg dia dan kakak sy sbg saksi pertama dan kedua…dia pun tak sangka sy akan buat gila mcmni.hati sy time tu masih tak dapat nk maafkan dia 100% ..malam tu sy minta izin sy nk kluar jumpa kawan..sy mtk dia jaga anak.tp sebenarnya sy pergi jumpa ustazah sekolah lama sy.sy mtk pandangan & pendapat tentang masalah sy..sy tak mampu nk buat kputusan secara waras sebab sy masih lagi marah kt dia..hati sy jadi dendam..lpas dengar nasihat ustazah,sy rasa mcm okey sikit..sy balek malam tu sy bt solat sunat tahajud,solat taubat,solat istikharah.mohon Allah bg petunjuk kt sy.mohon Allah bg ketenangan hati kt sy. mohon Allah bagi kewarasan akal kt sy.mohon Allah kembalikan suami sy yg dulu…selepas beberapa hari,sy rasa dah semakin baik.semakin tenang..sy mula sedar apa yg sy lakukan pd dia adalah keterlaluan.
sy bukan nk seksa jiwa dia,tp sebenarnya sy nk dia tahu,nk cantik kna guna duit..lg 1 sy bt perjanjian tu bkn nk kontrol dia..tp sy sayangkn suami sy..saya syg kn rumahtangga sy sgt2..sy taknak hilang dia.sy taknak anak sy hilang ayah. sy bt semua tu untk pengajaran supaya takkan berulang lg di masa akan datang. supaya dia selalu beringat.
Dalam masa sy bgaduh teruk dgn dia,perempuan tu ada whatsapp sy..minta maaf..sbb dia tak tahu suami sy dh berkahwin..tak apa..sy maafkan..benda dh jadi pun..

Selepas kejadian tu,sy dan suami dh jd semakin erat,semakin rapat.suami sy jarang dh keluar rumah..jarang melepak tengah2 malam..selalu hbiskan masa dengan sy dan anak..selalu bawak sy pergi beli brang dapur..Alhamdulillah..walaupun ujian Allah itu perit,tapi ada kemanisan di pengakhirannya..sy berjanji akan jd isteri yg terbaik utk suami sy..smoga suami sy tak ulang dah kesilapan dia..tolong doakan kebahagiaan kami…
buat perempuan itu,terima kasih hadir dlm hdup suami sy.mulanya sy benci awak.tp sy amat berterima kasih pd awak.skrg suami sy lebih menghargai sy..lepas khadiran awak,sy dh dapat balik suami sy yg dulu.yg masa mula2 kami kahwin..yg romantik..yg penyayang..terima kasih.smoga awak dapat jodoh terbaik & bukan dikalangan suami orang..
buat ustazah,terima kasih atas khidmat nasihat dan pandangan yg ustazah bg..sy amat menghargainya.terima kasih tenangkn perasaan sy,beri kata2 positif utk sy..terima kasih sbb buat sy kuat kembali..
serba sedikit kisah yg sy kongsikan..yg baik tu drp Allah..yang khilaf tu semuanya dr diri sy sndri..sy manusia dan isteri yg tak sempurna..masih byk kekurangan yg perlu sy baiki…mohon doakan kebahagiaan sy bersama suami..
sy doakan kalian semua dapat kebahagiaan masing2..
Apa yg Allah uji sesuai dengan kemampuan kita…

terima kasih admin siarkan kisah sy..terima kasih wrga KRT sudi membaca.
Sumber : KRT


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.