Sudah Cerai ? Tidak . Bahkan Kami Sedang Hangat Berbulan Madu .
Pernikahan Selamat dan Rohaya di Kampung Ogan Komering Ulu sempat menjadi viral (klik artikel lama di sini), bukan sahaja di Indonesia malah turut mendapat liputan di Malaysia. Tapi selang dua hari selepas pernikahan, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan pernikahan mereka tidak sah (klik artikel lama di sini).
Jadi bagaimana status mereka sekarang? Sudah bercerai? TIDAK!… malah sedang berbulan madu lagi. Sebelum berbulan madu, setiap hari ada saja tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka. Malah ada yang bersusah payah datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa, berbual dan bergambar dengan pasangan unik ini.
Selamat yang kini sudah terbiasa dikunjungi tetamu meluahkan niatnya untuk mengajak Rohaya berbulan madu ke Monumen Nasional (Monas) yang terletak di Merdeka Square, Jakarta Tengah.
Selamat yang masih belum lancar membaca ini mengaku, sejak kecil dia teringin sekali melawat Monas. Kini apabila sudah hidup berdua, keinginan untuk ke sana masih membuak. Apa salahnya mengajak isteri tercinta berbulan madu di tempat yang ingin sekali dilawati sejak kecil.
Tapi keinginan yang sangat sederhana ini sukar dipenuhi kerana faktor ekonomi pasangan bahagia ini tidak mengizinkan. Perbelanjaan nikah mereka saja harus ditanggung warga desa, berbulan madu di Jakarta selama beberapa hari pasti memakan belanja yang besar.
Atas keperihatinan masyarakat, akhirnya mereka mendapat biaya untuk berbulan madu di Monas. Malah Selamat dan Rohaya turut dijemput menghadiri undangan wawancara dalam sebuah rancangan TV swasta di Jakarta.
Sebelum bertolak, kedua pengantin baru ini telah melawat Dermaga Point Benteng Kuto Besak dan sempat mengabadikan kenangan manis bergambar berlatarbelakangkan Jambatan Ampera.
Kenapa pilih Monas?
Ini jawapan Selamat, “Karena kalu nak Singapur jauh igo (Kerana kalau mahu ke Singapura terlalu jauh).”
Mengimbas minggu pertama selepas bergelar suami isteri, Rohaya mengadu Selamat menguncinya dalam rumah apabila pergi ke kedai sebelah membeli keperluan harian.
“Dia ini cemburu nian, aku dikuncinya dari luar dia takut aku melirik-lirik lelaki lain,” ujar Rohaya semasa ditemui di rumahnya.
Namun nenek tiga cucu ini keluar dari pentu dapur dan duduk menunggu suaminya di luar rumah. Tidak lama kemudian Selamat pulang dari kedai dan langsung menarik Rohaya ke dalam lalu merangkulnya. Rohaya pasrah saja dan duduk di samping suami tercinta.
Selamat merupakan suami ketiga Rohaya. Walaupun pernikahan mereka kurang mendapat sokongan keluarga Rohaya, dia tetap yakin jodohnya dengan Selamat sudah ditentukan Allah.
“Dua suami sebelumnya sudah meninggal semua, ini suami yang ketiga,” ujar nenek yang masih berambut hitam tanpa uban ini.
pakbelalang.com
www.kakishare.my
Post a Comment