'Tolong Report Polis Bang' - Takut Dibelasah Oleh Orang Awam, Suspek Curi Mohon Panggil Polis Segera
Hajat seorang lelaki yang ingin menjual telefonnya tidak kesampaian apabila hampir disamun oleh 3 orang lelaki yang berpura-pura ingin membeli telefonnya. Ameer Farhan cedera di bahagian kepala apabila dihentak dengan 'forklock' oleh suspek lelaki.
Pada Ahad lalu, Ameer telah mengiklan di laman sosial Facebook ingin menjual telefon bimbit miliknya jenis Samsung S6 dengan harga RM750. Seorang lelaki telah memberi respon ingin membeli dan membuat temujanji untuk berjumpa pada hari Isnin di Taman Kosas, Ampang.
Pada hari kejadian, Ameer berjumpa dengan suspek yang ditemani oleh 2 lagi rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal. Ketika berbincang mengenai telefon tersebut, lelaki itu cuba melarikan diri bersama-sama dengan telefon bimbit tersebut. Terkejut dengan tindakan suspek itu, Ameer cuba menghalang suspek dan berlaku pergelutan di antara mereka.
Ameer berjaya memegang dan menarik badan lelaki tersebut sehingga terjatuh dari motosikal. "Kemudian rakannya datang ke arah saya dan menghentak kepala saya menggunakan forklock. Saya terus menjerit meminta tolong orang awam." katanya lagi. Tindakan pantas orang ramai berjaya memberkas lelaki tersebut.
Suspek yang ditangkap meminta laporan polis dibuat dengan segera kerana bimbang akan dibelasah orang awam.
Post a Comment