Tun Nadia Di Dakwa Kaki Syabu & Tak Kenang Budi, Ex BF Mahu Tun Nadia Bayar RM130,000
Selepas menyiarkan artikel mengenai seorang jejaka mendakwa seorang wanita yang merupakan penyampai radio sebagai ‘kaki’ dadah jenis syabu serta tidak mengenang budi, ramai yang membuat spekulasi mendakwa Tun Nadia, seorang pengacara dan bekas penyampai radio sebagai individu yang dimaksudkan.
Pada minggu lalu, Tun Nadia memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya. Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Tun Nadia menjawab segala dakwaan yang netizen tujukan kepadanya.
Pihak kami dihubungi sendiri oleh jejaka yang dikenali sebagai Nicky Zullu. Nicky merupakan individu yang melemparkan dakwaan terhadap Tun Nadia.
Kami mengadakan sesi temubual eksklusif bersama Nicky atau nama sebenarnya, Nakia Zulkarnian Zainoddin, 41.
“Saya mahu menuntut hak saya. Jangan salah faham dengan pendedahan itu. Saya bukan mahu sabotaj dirinya, tetapi saya sudah tidak tahan.
“Tujuan saya mendedahkan perkara tersebut kerana tidak boleh lagi bersabar dengan kelakuan Tun Nadia yang mencabar saya.
“Dia sudah melebihi batas. Saya sudah cuba berbincang dan guna pelbagai cara untuk bersemuka secara baik, tetapi tidak dilayan. Jadi pendedahan tersebut saya jadikan sebagai jalan lain untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Nicky juga tidak mahu memanjangkan perkara ini tetapi dia hanya mahukan satu perkara sahaja dari Tun Nadia.
“Cuma satu sahaja yang saya mahukan. Saya ingin dia membayar semula duit pendahuluan rumah dan bayaran sewa yang selama ini saya sediakan bermula awal 2011 sehingga tahun 2015. Anggaran wang tersebut adalah kira-kira RM130,000.
“Memang rumah itu dibeli atas namanya ketika kami bercinta, tetapi saya yang membayar duit deposit dan sewa bulanan. Ketika itu, saya sukar untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah. Dia datang dengan idea tersebut dan saya menurutinya kerana dia sudah berjanji dengan saya.
“Katanya, jika saya dan dia tiada hubungan lagi selepas ini, dia akan menyerahkan rumah tersebut kepada saya, tetapi kini lain pula jadinya. Atas dasar kasihan, saya turutkan juga.
“Kini, saya tidak mahu meminta rumah itu semula kerana saya malas untuk bertekak dengan dia. Biar pun harga rumah tersebut sudah mencecah hampir RM600,000, tidak mengapa.
“Apa yang saya inginkan sekarang, dia membayar semula apa yang saya telah bayarkan dahulu untuknya. Ambil sahaja rumah itu, tetapi saya hanya mahu wang sahaja,” katanya lagi.
Ikuti video di bawah untuk mendengar sendiri penjelasan Nicky dalam sesi temu bual bersama - Astro Gempak :
Post a Comment