Video 'Despacito' Versi Selawat Jadi Viral, Netizen Jadi Keliru Dan Soal Boleh Ke Tidak?
Lagu 'Despacito' yang dipopularkan oleh Justin Bieber, Luis Fonsi dan Daddy Yankee kini menjadi satu fenomena di seluruh dunia sejak ia diterbitkan. Malah stesen-stesen radio tempatan juga memainkan lagu tersebut mungkin setiap hari sehingga terngiang-ngiang di telinga.
Demam 'Despacito' ini pun turut melanda Malaysia sehingga banyak netizen turut membuat versi mereka tersendiri. Paling mendapat perhatian di media sosial ialah Despacito versi Cak Lempong. Power beb!
Terbaru, satu video yang kini menjadi viral apabila rentak 'Despacito' ini dibawakan sehingga ke sebuah majlis perkahwinan. Tapi liriknya digantikan dengan selawat. Mungkin ada yang tertanya-tanya kerana lirik asalnya agak berbaur lucah tetapi ada pula menggunakan rentak lagu tersebut sebagai selawat.
Saksikan video 'Despacito' versi selawat pula:
Segelintir netizen merasakan bahawa tindakan tersebut tidak berapa manis, malah ada yang mempersoal ianya satu bidaah. Selain itu, ada juga netizen menasihati supaya berselawat mengikut cara yang biasa.
Manakala segelintir netizen pula berpendapat ianya tidak menjadi masalah selagi maknanya tidak berubah. Malah ianya menarik minat anak muda supaya turut berselawat dan mengingati Allah dan menasihati mereka yang berfikiran negatif supaya memandangnya dari sudut yang positif pula.
Post a Comment