Header Ads

[ VIDEO ] Gadis Terkejut Dikecam Netizen P3luk Ayah Sendiri Samakan Dengan Ayu Ting Ting




Seorang gadis terkejut apabila ada di kalangan netizen yang mengecam kerana tidak senang dengan tindakkannya memeluk ayah kandungannya sendiri.

Menurut Eira Aziera, sejak dari kecil lagi dia telah diasuh dengan penuh kasih sayang malah ustaz yang mengajarnya juga sering berpesan untuk mencium kedua ibu dan bapa selagi mereka masih hidup.

“Dah memang manja dari kecik, lagi pun ustaz kata ciumlah ayah kita selagi dia ada, nanti dia dah jadi jenazah (meninggal) nak cium pun dah tak guna. Hangpa yang dah tak ada pak jangan nak cakap naik-naik nafsu, sebab aku anak yang diasuh dengan penuh kasih sayang.. bengong betul

Ada hati nak panggil abang cangkul ajar aku!!! Jenis bodo tak leh diajar nie susah!!! Sian dia nie!! Nampak sgt jantan nie tak pernah peluk cium mak dia!!! Sedangkan syurga dibawah tapak kaki mak dia kan,” luahnya melalui status di Facebook pada Selasa.

Terdahulu Aziera memuatnaik klip video pendek berdurasi 40 saat yang memaparkan dia menghadiahkan seutas jam tangan kepada ayah kandungnya ketika sambutan Aidilifitri baru-baru ini sebelum memeluk dan mencium lelaki tua itu.

Klip video yang kemudiannya menjadi viral di laman media sosial itu, menerima pelbagai kecaman dari netizen yang menyifatkan tindakan gadis itu sebagai tidak wajar dan kurang sopan.

Malah ada yang mendakwa Islam melarang seorang anak gadis yang telah dewasa untuk memeluk ayah kandung sendiri kerana dikhuatiri akan menaikkan nafsu.

“Kena panggil ‘Mat Cangkul’ baru ada akal kot, kalau masa kecik boleh la peluk, kena ada batas (sebab) kau (bukan) budak-budak lagi. Anak manja fahamlah tapi takkan sampai peluk, tanda hormat (memadai) dengan salam cukup. Kepala timun tol, susah la semua benda nak cakap,” tegas salah seorang lelaki tersebut di ruangan komen.

Bagaimanapun menurut Aziera ketika kejadian semua ahli keluarganya turut berada di rumah ayahnya itu sambil menafikan aksi tersebut dilakukan secara berdua-duaan.

“Nie la cerita sebenar dari peluk memeluk tu!!! Bukan peluk berdua2an!! Hari raya kan semua adik beradik kumpul n bg hadia mh hari raya utk my dad!! So salah kah?? Aku peluk ayah aku?? Yg lama tak jumpa???

“Depa dok sama kan aku dgn kes viral pak cium anak tu buat apa!!! Bangang,” ujarnya pula.


Netizen dok samakan kes Ayu ting ting berpeluk cium sakan dengan pak dia pagi raya tu dah lain macam sungguh . Ini peluk biasa je . Hargai mak ayah sementara masih ada .

www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.