Header Ads

Wanita Ini Kongsi Tips Bajet Jimat Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen Pula, Dah Kenapa?




Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, kos majlis kenduri merupakan antara yang banyak memerlukan duit. Tambahan pula, dengan kos yang meningkat sudah pasti ianya menjadi satu bebanan kepada pasangan yang ingin berkahwin. 

Namun, dengan adanya media sosial netizen boleh berkongsi tips bagaimana untuk merancang perkahwinan tanpa menggunakan wang yang banyak. Bagi seorang wanita ini, Noor Fatin Azlan niatnya cuma untuk berkongsi tips bagaimana nak jiimatkan duit ketika merancang perkahwinan supaya pasangan yang bakal berkahwin dapat menjadikan kisahnya sebagai satu inspirasi. 

Tapi, netizen pula berpendapat sebaliknya malah mengkritik apa yang dikongsi oleh wanita tersebut. Dah kenapa? 


Wanita tersebut telah menerangkan dengan terperinci bagaimana kesemua kos majlis perkahwinan yang termasuk wang hantaran, cincin, mas kahwin, jamuan makan, doorgift dan lain-lain lagi. Tetapi selepas senarai barangan yang dikongsi wanita tersebut dengan kos yang dibelanjakan, wanita ini sebenarnya telah mendapat tajaan dari kedua-dua belah keluarga. Malah dia juga ada menyelesaikan banyak urusan majlis secara DIY. 

Netizen yang membaca status Fatin menyoal sama ada tips tersebut berguna atau tidak malah mengkritik kerana tips kononnya berjimat tetapi kos tersebut telah banyak ditaja oleh keluarga. 

 

Netizen kemudian akhirnya menyindir dan menjadikan tips wanita tersebut sebagai bahan lawak untuk berjimat cermat dengan mencari orang untuk ditaja. Mana yang elok bolehlah diikuti tetapi mana yang tak kena janganlah dikecam sangat. Lain orang lain caranya bukan? 







No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.