Header Ads

Wanita Ini Terkejut Tengok Bil Sebenar Hospital RM1200 Tapi Cuma Bayar RM3, Murah Seperti Harga Nasi Lemak!




Kisah perkhidmatan hospital dan klinik kesihatan kerajaan sering dihentam sudah tidak asing lagi. Namun, perkara buruk tentang perkhidmatan yang mereka sediakan memang cepat orang nak sebar dan kecam. Tapi ramai yang tidak ambil tahu kebaikan yang disediakan. Hanya orang terdekat sahaya mengetahui tentang perkara tersebut. 

Kisah yang dikongsi oleh wanita ini membuatkan ramai orang membuka mata tentang kelebihan dan kebaikan yang ada dalam bidang kesihatan ini. Wanita ini terkejut kerana bil hospital yang diterima cuma RM3 malah layanan doktor tersebut sangat baik. Status tersebut ditulis oleh Nurul Shazalina Zainuddin ketika anaknya dimasukkan ke Hospital Serdang baru-baru ini. 


Alhamdulillah. Dah sampai rumah. Tak sangka sangat bil Hospital Serdang sangat2 murah. Saya jangkakan dalam rm300++ walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan.

Bila dapat bil, kos sebenar rm1200++. Tapi perlu bayar rm3 sahaja. Bersyukur sangat. Layanan sangat bagus. Bilik walaupun kelas 3 sangat ok. Ada aircond. Bilik air ada air panas. kelas tak? Makanan sangat sedap (tak dapat diet).

Doktor pun sangat2 baik. Menjawab persoalan. Paling sy tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gembirakan anak saya. Mcm2 dia cerita. Bila anak dah tertidur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak menitis air mata tadi.

Dan alhamdulillah sy lihat banyak sharing post karies gigi tadi. Yang baik kita ikut..yang tak elok jadikan iktibar ok. Janganlah kecam. Saya yakin ramai yang tak tahu macam saya. Dan saya yakin kita semua dah berusaha sebaik mungkin cuma kena penambahbaikan. Betul tak?

Perkongsian tersebut mendapat respon positif dari netizen dan ada yang berkongsi pengalaman sama. Ini antara respon netizen. 


Tak salah kalau mengkritik untuk menambah baik perkhidmatan tetapi ianya haruslah disalurkan kepada pihak berkenaan dan bukanlah untuk memuaskan perasaan marah sendiri. Contoh ini adalah sesuatu yang harus disebarkan.  - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.