Header Ads

Kejam! Bapa Durjana Rogol Dan Liwat Anak Perempuan 15 Tahun Sebanyak 600 Kali




Tercengang sekejap dengar berita ini. Memang seorang bapa bertopengkan syaitan! Bapa manakah yang tergamak untuk meliwat dan merogol anaknya sehingga beratus kali? 

Memetik laporan Berita Harian, seorang bapa berusia 37 tahun telah didakwa 599 kesalahan liwat dan satu kesalahan rogol anak perempuannya sendiri yang berusian 15 tahun. 

Lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas anak perempuannya itu tinggal bersamanya selepas penceraian lelaki itu dengan isterinya. 

Kejadian tersebut berlaku sejak 2 tahun yang lalu dan akhirnya perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar setelah mangsa mendedahkan detik hitam yang telah menimpa dirinya sebaik ibu kandungnya mengetahui bekas suaminya ingin mengambil anak perempuan yang lain berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama ayahnya. 

Suspek telah ditahan pada bulan lepas dan bakal berdepan dengan 600 pertuduhan. Jika disabitkan kesalahan bapa kejam itu bakal berdepan dengan 3,000 tahun hukuman penjara. Bagi tuduhan rogol pula lelaki tersebut bakal dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.