Header Ads

Lelaki Ini Maki Dan Belasah Pak Guard Selepas Mengamuk Motor Kena 'Clamp'




Padah kerana mengabaikan tanda larangan meletak motosikal, motosikal seorang lelaki telah dikunci oleh pengawal keselamatan. Video tersebut memaparkan seorang lelaki mengamuk dan memarahi pengawal keselamatan menjadi tular di media sosial.

Dipercayai kejadian berpunca daripada tindakan pengawal keselamatan yang mengunci tayar motorsikal milik lelaki itu kerana meletakkan motorsikal di kawasan koridor yang mempunyai papan tanda “NO MOTORCYCLE PARKING ALLOW” (DILARANG MELETAKKAN MOTOSIKAL DI SINI). 


Menerusi video berdurasi 2 minit 44 saat yang dimuat naik di Facebook, pemilik motorsikal tersebut berkeras tidak mahu membayar denda sebanyak RM30 dan nekad ingin membuka clamp dengan cara sendiri.

Apabila ditegur, lelaki tersebut mula naik berang dan cuba menyerang pengawal keselamatan yang ketika itu sedang merakam aksinya menggunakan telefon bimbit.

“Lu lagi tangkap, gua pukul lu susah. Lu sudah ada gambar tak mahu settle lagi,” 

"Lu orang ke butxh. Lu orang ke babi atau tak tahu dengar ke" kata lelaki itu.

Tidak tahan aksinya masih lagi dirakam, lelaki itu terus menyerang pengawal keselamatan yang menegurnya itu. Berlaku pergelutan selama beberapa saat sebelum mereka berdua dileraikan oleh rakan-rakan pengawal keselamatan yang lain.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar untuk semua pembaca. Kalau sudah buat salah tu mengaku sajalah, janganlah mengamuk tak tentu pasal pula kan! - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.