Header Ads

'Prank' Hampir Tak Menjadi, 'Hantu' Nasib Baik Tak Kena Tumbuk Dengan Redza Rosli




Artis kena 'prank' sudah menjadi satu trend di negara ini. Sebelum ini pelawak terkenal Zizan Razak juga pernah kena 'prank' sehingga menjadi bualan netizen. 

Terbaru, pelakon lelaki yang semakin meningkat naik, Redza Rosli pula yang kena prank oleh satu radio swasta tempatan. Menerusi plan tersebut, Redza ditempatkan dalam satu bilik gelap dan hanya mempunyai laptop serta telefon bimbit.

Ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi dan seorang wanita misteri telah mengarahkan pelakon tersebut untuk menekan butang play untuk memainkan video yang terdapat di dalam laptop tersebut. 

Sejurus pelakon tersebut menekan butang tersebut, beberapa adegan suspen yang dipetik dari filem seram mula membuatkan Redza tak senang duduk dalam bilik yang gelap tersebut.

Ketika sedang menonton video berkenaan, wanita tersebut sekali lagi membuat panggilan dan bertanya kepada Redza sama ada pernah mengalami pengalaman diganggu makhluk halus ketika di set penggambaran. 

Tanpa disedari, terdapat dua ekor 'hantu' berada di belakang pelakon tersebut. Namun, ketika Redza menoleh ke belakang dan ternampak kelibat 'hantu' tersebut, Redza dengan segera hampir menumbuk 'hantu' tersebut. 

Apa yang melucukan ialah, 'hantu' tersebut juga terkejut kerana tidak menyangka Redza akan bertindak balas dan ingin menumbuk dirinya. 

Dan akhirnya wanita tersebut memberitahu ini adalah salah satu prank yang telah dibuat oleh pelakon wanita yang sering dikaitkan dengan Redza iaitu Ayda Jebat. 

Saksikan video tersebut di bawah. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.