Header Ads

Syarikat Kenakan Hukuman 'Jijik' Dengan Paksa Pekerja Minum Air Tandas!




Jika anda fikir tempat kerja anda mempunyai undang-undang yang pelik, anda mungkin langsung tak mahu bekerja disini. Menurut laman Facebook Shanghaiist, sebuah video sekumpulan pekerja yang dipaksa melakukan aksi memualkan ini mula tersebar di media sosial. 

Video yang dimaksudkan memaparkan dua pekerja dipaksa untuk minum air yang dicedok dari tandas sebagai hukuman kerana mutu kerja yang tidak memuaskan di tempat kerja. Menerusi video terbabit, seorang pekerja lelaki dilihat menggunakan cawan untuk mencedok air dari tandas cangkung selepas dipam. 

Dia kelihatan tidak mahu meminum air tersebut tetapi terpaksa menelan air tersebut. Seorang pekerja wanita juga terpaksa menghadapi perkara yang sama dan kelihatan seperti mahu muntah. 


Pekerja tersebut dilaporkan bekerja untuk sebuah studio fotografi di Sichuan, China dan dihukuman kerana prestasi kerja yang tidak memuaskan. Susulan hukuman tersebut, pekerja wanita tersebut mengalami cirit birit setelah dipaksa minum air tandas dan tidak boleh menelan sebarang makanan kerana akan muntah kembali. 

Video yang mengejutkan itu dikatakan telah dimuat naik ke dalam grup WeChat syarikat berkenaan dan telah bocor ke sosial media sehingga menjadi viral. Sejak kejadian tersebut, individu yang telah merakam video berkenaan telah ditahan pihak polis. 

Namun, pihak syarikat tersebut telah menafikan bahawa video tersebut dirakam di syarikat mereka. Alasan mereka ialah, video tersebut di muat naik ke dalam grup WeChat syarikat itu untuk tujuan 'motivasi' pekerja mereka untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. - www.kakishare.my

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.