Header Ads

'Terima Kasih Kerana Beri Peluang Kedua' - Netizen Beri Semangat Pada Aliff Aziz Selepas Luah Rasa Insaf Dan Kesal Di Instagram,




Semalam Aliff Aziz dan isterinya telah membuat sidang media dan Aliff sendiri mengakui tindakannya yang melampaui batas kerana telah mengasari Bella. Dikecam dan dikeji di media sosial, bermalam di lokap selama 2 hari mungkin sedikit sebanyak telah menyedarkan dirinya akan kesalahan yang dilakukan itu. 

Terbaru, Aliff Aziz telah memuat naik foto bersama isterinya bersama kapsyen dimana dirinya ingin berubah dan ingin membetulkan semula hubungan yang telah keruh dengan isterinya. 



Bagi Bella, dia mengakui sebagai wanita yang mempunyai perasaan, luka itu masih berdarah dan berharap agar Aliff tidak lagi melakukan kesilapan sama dan sedar dengan apa yang telah terjadi kerana tindakannya itu telah menghancurkan segala kepercayaan yang ada kepada suaminya itu. 

Rata-rata netizen turut memberi semangat kepada Aliff Aziz untuk berubah dan menghargai pasangannya
itu. Malah turut memuji Aliff kerana berani untuk mengakui kesilapannya pada sidang
media semalam.




- www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.