Header Ads

Video Aksi Pencuri Buah Ugut Mahu Rogol Pemilik Pokok Bimbangkan Netizen




Hanya boleh menggeleng kepala dengan perlakuan orang di zaman sekarang. Biadap sungguh biadap. Dah lah mencuri buah mangga di depan rumah orang malah selamba ugut mahu merogol pemilik buah tersebut. 

Satu klip video yang kini menjadi viral di media sosial memaparkan gelagat seorang lelaki yang sedang mencuri buah mangga di depan pagar sebuah rumah seorang wanita. 

Lokasi dimana kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan namun, pencuri buah tersebut telah melakukan ugutan yang serius terhadap wanita tersebut. 

Keadaan menjadi semakin tegang apabila wanita itu mahu memaklumkan kepada pihak polis tentang kecurian yang dilakukan dan ini apa yang dibalas oleh lelaki tersebut.


"Mari lah, you panggil polis mari. Kalau polis tak ada mari saya rogol awak, ini malam saya rogol awak" kata pencuri itu.

"Curi kita punya buah lagi mahu marah-marah" jerit wanita itu.

Masih tidak berpuas hati, pencuri itu mengambil beberapa biji buah mangga yang dicuri dan membaling ke arah wanita itu.

"Nah ini semua lu kasi angkat, lu makan! Makan semua, tak mahu kasi orang!" 

Tindakan lelaki ini memang agak kurang ajar dan diharap lelaki ini segera ditahan kerana ugutan rogol yang dibuatnya harus dipandang berat. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.