Bukti Joy Revfa Masih Isteri Orang Ketika Bernikah Dengan Hafiz Mei Lalu Tersebar?
Isu rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa kini sudah menjadi bualan peminat dan juga netizen serata negara. Baru-baru ini, Joy telah memfailkan permohonan untuk membubarkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas alasan pernikahan mereka diragui oleh suaminya.
Dakwaan mengatakan pernikahan Hafiz dan Joy adalah tidak sah kerana ketika mereka bernikah pada Mei lalu, Joy masih lagi isteri orang. Dakwaan tersebut timbul apabila foto surat cerai Joy bersama bekas suaminya tersebar di media sosial.
Mengikut dokumen yang tersebar itu, status Joy Revfa sebagai isteri orang masih lagi sah. Dokumen tersebut jelas tertera peerceraian antara Joy dan bekas suami, Mohd Rayos Abdul Rahim dengan talak satu hanya berlaku pada 13 Julai yang lalu.
Mengikut sumber dari My Nation News Malaysia, Joy telah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan telah mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.
Malah menurut sumber berkenaan, Joy hanya membuat aduan taklik kepada pejabat agama Islam di Songkhla sebulan selepas bernikah dengan Hafiz.
Hafiz bertindak untuk tinggal berasingan dengan isterinya itu selepas meragui status pernikahan mereka untuk mengelakkan dari sebarang kesulitan kelak dan selepas itu timbul pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan mereka. - www.kakishare.my
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Post a Comment