Header Ads

Ucapan Romantis Siti Nurhaliza Kepada Datuk K Sempena 11 Tahun Perkahwinan Buat Netizen Teruja




Tarikh 21 Ogos merupakan genap 11 tahun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. 

Siti dan Datuk K meraikan ulang tahun perkahwinan ke 11 mereka dengan penuh romantik. Pasangan tersebut memang menjadi perhatian netizen kerana sikap saling menyayangi serta kesetiaan antara mereka berdua. 

Dalam meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang hampir sedekad itu, Siti Nurhaliza memuat naik satu ucapan yang dianggap sangat romantis kepada suaminya itu. 

Netizen juga turut berkongsi dan meluahkan perasaan gembira dan mendoakan agar mereka segera mendapat cahaya mata. Tidak kurang juga yang mendoakan agar jodoh mereka kekal berpanjangan di dunia serta akhirat. 

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 dan bersanding dengan meriah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Berikut antara gambar-gambar yang dikongsi oleh Datuk Siti melalui laman IGnya. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.