Header Ads

[5 FOTO] Siapakah Wanita Cun Melecun Mirip Datin Norjuma Ni????




Macam mirip kan sekali tengok ?  Nah, mari kita mengenali wanita ini.

Namanya ialah Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor. Bermula dari kosong, dan kini memiliki kilang sendiri. Perjuangan meneruskan legasi ayahnya menjadi pemangkin semangat untuk berjaya.

Beliau meninggalkan jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) untuk meneruskan perniagaan ayahnya . Wanita lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang hubungan antarabangsa dan ­diplomatik ini membuat keputusan melepaskan jawatannya selepas setahun bekerja sebagai PTD. 

Ketika itu usianya berusia 23 tahun namun dia perlu mengambil alih perniagaan walaupun tanpa sebarang modal besar hanya berbekalkan RM 10 untuk keperluan harian pada waktu itu, Wanita berimpian besar ini menanamkan hasrat untuk mengubah nasib diri dan keluarganya.

Namun, dia berasa cukup bertuah kerana arwah ayahnya mempunyai ramai kenalan. Lantas dia menghubungi kenalan arwah ayahnya, berta­nyakan sama ada mereka mahu membeli produk daripada syarikatnya sebagai hadiah kepada pelanggan mereka.

Dia bersyukur kerana ramai yang berminat, namun hakikatnya, dia langsung tiada modal untuk menghasilkan barangan tempahan pelanggannya itu.



Hampir 14 tahun menceburkan diri dalam perniagaan mengeluarkan barangan cenderahati untuk syarikat korporat, dia bersyukur kerana usaha gigihnya selama ini berbaloi.

Terfikir untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur, Sharifah Shareen berkata, semuanya bermula dua ­tahun lalu apabila dia mengambil keputusan berhijrah ke ibu kota ­kerana mahu mencabar diri dan mencari peluang perniagaan yang lebih besar.

Ketika mula-mula berkunjung ke Kuala Lumpur, dia langsung tiada kenalan untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya. Ketika itu dia menawarkan produk keluarannya di beberapa syarikat saja.

Berkat kesabarannya, syarikatnya mendapat tawaran mencetak baju untuk satu program besar-besaran yang tentunya menjadi kenangan manis dalam hidupnya.


“Dengan wang itu, saya mampu memiliki sebuah kilang sendiri di Kota ­Damansara dan mengupah beberapa pekerja yang turut komited melakukan tugasan harian.

“Saya bertuah kerana pekerja turut membantu menaikkan nama syarikat, malah mereka tidak jemu menolong saya mengukuhkan perniagaan ini,” katanya sambil menambah, syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk botol air, tuala, baju korporat dan bingkai gambar.

Walaupun tidak dilahirkan dalam kalangan keluarga berada, dia akui hasil usaha berterusan itu mampu membuahkan hasil berganda buat dirinya.

Untuk mencapai kejayaan bukannya mudah kerana perlu berusaha keras tanpa mengira masa dan pandai menarik hati pelanggan untuk setia dengan produk keluarannya.

“Pelbagai cabaran ditempuh misalnya persai­ngan daripada syarikat lebih besar, malah syarikat kami pernah tidak mendapat tempahan.”

“Pada masa sama, ­banyak syarikat menawarkan perkhidmatan serupa pada harga lebih murah. Namun, saya tidak berputus asa, sebaliknya cuba bersaing secara sihat,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini berkata, persaingan sihat itu bermaksud menawarkan produk yang lebih berkualiti dengan harga berpatutan.

“Jika tempahan membabitkan kuantiti yang ­banyak, harga ditawarkan tentulah lebih rendah dan pada masa sama, kami mengekalkan kualiti yang sama.

“Saya perlu pandai menarik hati pelanggan dengan memikirkan pelbagai strategi supaya mereka berpuas hati, malah bagi kami, pelanggan memang istimewa,” katanya.

Produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq dan Bahrain.


Dia juga mengakui, bukan senang untuk me­ngambil hati pelanggan kerana banyak persaingan, namun dia percaya rezeki daripada Tuhan sekiranya berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Justeru, dia menerap­kan konsep Islamik dalam perniagaannya iaitu setiap minggu, diadakan majlis bacaan Yasin untuk kakitangan di pejabatnya selain menjemput penceramah pada majlis ilmu. Dengan cara itu, rezeki lebih berkat dan sentiasa mengingati Pencipta.


Untuk melihat produk keluaran syarikat ini, layari laman web rasmi mereka atau Facebook PM Gift.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.