Header Ads

Kejam! Mayat Bayi Berusia Enam Hari Ditemui Dalam Perigi, Ibu Bapa Bayi Tersebut Ditahan Pihak Polis




Sedih sungguh dengan perlakuan manusia sekarang ini. Seorang bayi lelaki yang berusia enam hari ditemui mati dalam sebuah perigi sedalam 20 kaki disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri di Kampung On Lok, Batang Melaka. 

Mayat bayi tersebut ditemui oleh orang awam dalam keadaan yang masih sempurna fizikal dan berbalut kain lampin. Mayat bayi tersebut berjaya dikeluarkan hasil bantuan dari anggotan Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari kira-kira 10.30 malam tadi. 

Bapa mangsa pada mulanya membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Batang Melaka pada jam 7.45 petang hari yang sama. Susulan dari laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, pihak polis berasa sedikit ragu mengenai kesahihan kehilangan tersebut. 

Berdasarkan laporan yang dibuat, bayi berkenaan dilihat kali terakhir sedang tidur bersama ibunya pada jam 6.30 petang. Setelah menerima maklumat daripada seorang jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa. 

Pihak forensik bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tersebut. Mayat bayi itu juga telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Susulan itu, pihak polis telah menahan enam suspek termasuk ibu bapa bayi berkenaan. Kesemua enam suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - www.kakishare.my
______________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.