Header Ads

Awie-Erra Fazira Kembali Bercinta?



KONSERT Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pertengahan tahun lepas menjadi saksi penyatuan semula Awie, 48, dan Erra Fazira, 42, selepas berbelas tahun cinta mereka berkubur.

Bertitik tolak dari situ, pasangan pelakon itu kemudiannya menerima banyak tawaran daripada pihak penganjur dan peminat yang mahu melihat pasangan itu ‘disatukan’.
Pun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua bintang filem Sembilu itu.

Bagaimanapun tidak buat filem Warna Cinta Impian terbitan Touch Tronics Entertainment yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Mac ini.
Bukan sekadar menyatakan persetujuan, Awie dan Erra sendiri yang menggarap jalan cerita mereka dalam filem tersebut.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Warna Cinta Impian adalah filem yang bakal mengimbas semula kisah percintaan Awie dan Erra yang hangat diperkatakan sekitar 90-an dulu.

Tambahan pula menggunakan nama sendiri untuk menjayakan watak dalam filem tersebut, pastinya memberi kelebihan buat pasangan aktor itu mengenang semula nostalgia cinta Awie-Erra.

Dek kerap menerima tawaran untuk menyatukan mereka, Awie dan Erra bersepakat untuk menjenamakan kisah cinta silam itu agar tiada pihak yang sewenang-wenang mencedok idea kisah percintaan mereka pada masa depan.
Biarpun perancangan tersebut kelihatan agak berlebih-lebihan namun Erra merasakan perkara itu perlu dilakukan kerana tidak mahu ada unsur penambahan yang boleh mengundang rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.
Mengimpikan kisah cinta mereka diangkat ke layar perak, Erra bagaimanapun perlu memastikan pendedahan kisah cinta mereka itu berkesudahan dengan penamat yang menggembirakan.
“Umum sudah mengetahui jalan cerita kami. Tapi ramai yang tak tahu kebenaran cerita yang sebenar. Terlalu banyak spekulasi terjadi setiap kali kami dilihat bersama.
“Sedangkan hakikatnya kami bersahabat baik. Kami masih boleh berkawan dan bergurau senda dengan batas-batas tertentu.
“Yang penting, saya selesa bekerja dengannya dan tidak ada masalah untuk bergandingan semula. Perkara melibatkan kerja ini kenalah profesional,” katanya yang juga bertindak sebagai juri program nyanyian Kilauan Emas Otai.

Sumber Berita:Utusan Malaysia




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.