Header Ads

Aliff Syukri Akhirnya Jawab Kenapa Pilih Kedah Untuk Tajaan RM 30 Juta



Petaling Jaya - Sebagai diketahui umum, Pengasas syarikat kosmetik, D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan nilai tajaan pihaknya untuk skuad Helang Merah adalah sebanyak RM30 juta. Bagaimanapun katanya, beberapa perkara lagi perlu diperhalusi sebelum perjanjian dimeterai secara rasmi berikutan ia membabitkan jumlah tajaan yang besar.


Hari ini bertempat di Wisma D'Hearbs, semasa ditemui oleh wartawan Harian Metro beliau mendedahkan sebab untuk menaja pasukan bola sepak Kedah.

Beliau menjelaskan penajaan tersebut bukan bersifat untuk bersaing tetapi lebih kepada perniagaan. Ditanya mengenai permintaan sebagai penaja, beliau menjelaskan tiada permintaan pelik dan semuanya rasional.

Tambahnya lagi, Kedah menjadi pilihan untuk diberikan penajaan berdasarkan soal selidiknya mengenai prestasi semasa pasukan itu.

"Bukan popular yang saya cari tetapi pasukan ada nilai kormesial". "Kedah juga dijangka meraih tiga pasukan teratas dalam piala FA akan datang".

Mengenai warna jersi pasukan Kedah akan datang, beliau menjelaskan keputusan itu bergantung kepada perbincangan bersama dengan KFA.

Diakhirnya beliau mengajak peminat pasukan Kedah sentiasa menyokong pasukan itu dan produk keluaran D'hearbs. Beliau juga meminta KFA membuat keputusan yang segera mengenai penajaannya itu. - Kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.