Header Ads

Berita Tersebar Pak Pie Meninggal Dunia TIDAK BENAR



Berita mengenai pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 85,atau lebih dikenali sebagai Pie yang dikhabarkan meninggal dunia, petang tadi dan tersebar di laman sosial adalah tidak benar.

Sahabat baik Pie, Omar Hashim berkata, dia kecewa di atas sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menyebarkan berita berkenaan.



Menurutnya, dia ada menghubungi anak perempuan pelawak yang tinggal di Teluk Bahang 11 malam tadi dan dimaklumkan keadaan bapanya baik biarpun agak kurang sihat sedikit ketika ini.

Katanya, perbuatan tidak itu perlu dihentikan segera kerana cuba mengaibkan keluarga pelawak yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.

"Penyebaran berita seumpama ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah tersebar berita palsu yang menyatakan Pie meninggal dunia," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Omar berkata, dia terkejut kerana nama sebenar Pie adalah Shafiee Jaafar bukannya Shafie Hashim seperti yang dihebahkan.

Malah, individu yang dipercayai menyebarkan berita berkenaan menerusi WhatsApp turut mengakui tersilap maklumat.

Pada Ogos tahun lalu, Pie pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.