Header Ads

Pelakon Cantik Mira Filzah Kekal Prinsip Tidak Mahu Bersentuhan Dalam Lakonan



Mira Filzah, pelakon wanita yang semakin meningkat popular tetap dengan pendirian dan prinsipnya, tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki di lokasi penggambaran.

Walaupun kemahuan Mira itu agak sukar namun ia diterima dengan pihak produksi dengan produser dengan lapang dada.


“Prinsip saya itu diterima secara terbuka oleh tenaga kerja produksi. Mungkin ada orang kata boleh ke berlakon tak pegang sana situ sini.

“Tetapi dengan teknik kreatif krew lokasi penggambaran, adegan yang tidak bersentuhan itu boleh dibuat secara teliti oleh mereka agar nampak ‘real’.

“Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton.

“Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak,” 

kata Mira ditemui Murai di Majlis Sidang Media Top 5 ABPBH 29 baru-baru ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.