Jumpa Janin Cukup Sifat Lelaki Dalam Lubang Tandas Klinik
Pontian - Kakitangan Klinik Kesihatan Ayer Baloi, di sini, digemparkan dengan penemuan janin bayi lelaki di lubang tandas klinik berkenaan pada 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakitangan klinik terbabit yang menjumpai janin itu ketika melakukan pemeriksaan di lubang tandas yang tersumbat.
Katanya, tandas awam itu terletak di luar bangunan klinik terbabit dan tidak mrmpunyai pengawal keselamatan.
"Tiada kesan darah di kawasan tandas terbabit manakala janin itu dipercayai berusia enam bulan kerana sudah cukup sifat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment