Header Ads

Tidak Mahu Bagi Laluan Di Eskalator , Makcik Tunjuk 'Jari Tengah ' Kena 'Hentak' Dengan Ika Nabella





Ika Nabilla yang kini dikatakan sedang bercuti di Cebu Island bersama suami tercinta . Namun berlaku satu kejadian ketika berada di KLIA2 apabila dia dituduh melanggar seorang wanita berusia ketika sedang menggunakan eskalator .

Makcik itu kemudian yang tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan apabila memaki hamunnya di khalayak ramai .

Menurut mStar Online , ' Ika ada meminta izin untuk mereka memberi laluan ketika menggunakan eskalator namun mereka tidak berganjak oleh sebab itu ika terpaksa mencelah di antara mereka kerana ingin cepat sampai ke platform '

"Namun, dia tiba-tiba naik marah kerana katanya saya telah melanggar dia. Dia kemudiannya menyuruh saya minta maaf selain mengeluarklan perkataan-perkataan kesat dan nada tinggi,"

Tidak berpuashati dengan kejadin  itu , Ika menerima mesej melalui IG dengan oleh makcik berkenaan .

Oh ! Rupanya that maroon tudung makcik yg maki hamun I kt KLIA ada DM I on IG . Sorry makcik! I was too busy counting my blessing sampai tak sempat nk buka DM nk layan suami tercinta lg ... 🙈 Makcik kenapa you marah sgt ni sampai ke IG you cari I ? You nk glamour ke mak cik ? Tak cukup ke you terpekik pekik maki hamun org kt KLIA sampai suami & anak kena tenangkan you? dlm flight siap bukak tudung sampai masam hamis satu flight dek kerana rambut you yang ergh heheh you knw better . You nak ape lg ni ?? Nak viral ke ...? Makcik . Look . I kesian dekat you . You look unhappy but it's your choice tau makcik you're too negative . Jgnlah cari2 I sebab I tak sudi nk berkawan dgn you apatah bermusuh .... tak suka la cat fight ni . Dekat you pun I tak suka 🤣 Bukan shj itu ada juga askar2 upahan lah kot or maybe org2 yg nk kongsi glamour makcik ni comments & DM I ! What the heck ? Funneeeehhhhh
A post shared by Malaysian-based Actress&Singer (@ikanabella) on

Ika mengulas tindakanya memuat naik paparan perbualan mesej peribadi di laman Instagram antara dia dengan wanita tersebut pada petang Khamis.


Tidak mahu perkara tersebut bertambah kecoh, Ika berkata, dia meneruskan sahaja perjalanan sehingga kedua-dua mereka terserempak kali kedua di kaunter pemeriksaan Imigresen.

Wanita berkenaan meluru laju ke arahnya sambil menjerit perkataan tidak sepatutnya selain menunjukkan isyarat lucah jari hantu atau jari tengah.


"Cemas juga bila dia tiba-tiba datang ke arah saya dan menjerit-jerit seperti orang hilang pertimbangan. Mujurlah suami dan anaknya dapat menghalang dan minta dia bersabar.

"Suami makcik itu juga sempat meminta maaf kepada suami saya atas tindakan memalukan isterinya itu," ujar Ika.

Tidak selesai di situ, Ika berkata, wanita tersebut mencari laman sosial Instagramnya bagi meluahkan rasa marah dengan kata-kata kesat.

Katanya, dia juga mengugut untuk menyebarkan perkara itu kepada umum dengan tujuan untuk memalukan.

"Rupa-rupanya dia cari akaun Instagram saya untuk melepaskan kemarahannya yang tidak habis itu. Dia menulis mesej peribadi kepada saya dengan kata-kata provokasi.

"Dia juga mahu menyebarkan perkara itu kepada umum, namun sebelum dia sebarkan biar saya sebarkan dahulu kerana saya yakin dia yang mahu popular," ujarnya.

Dalam pada itu, Ika berkata, jika wanita berkenaan benar-benar mahu kebenaran, dia bersedia untuk menonton kembali kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 sama ada dia bersalah atau tidak.

"Kalau dia betul-betul rasa saya bersalah dan mahu memalukan saya, dia boleh tengok balik rakaman CCTV di lapangan terbang itu. Bukanlah dengan cara memalukan orang seperti itu," ujarnya.

sumber : Mstar online

www.kakishare.my


____________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.