Header Ads

Kejadian Kes Tembakan di Restoran di Sepang [Video & Gambar]



Satu kejadian tembakan telah dilaporkan berlaku di Sepang dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Gambar-gambar dan video kejadian dimuat naik oleh akaun Facebook, Info Maya.

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik, kelihatan beberapa das tembakan dilepaskan kearah cermin hadapan dan juga cermin sisi kereta mangsa.





Selain itu, salah satu dari gambar juga turut memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mangsa dalam keadaan penuh dengan darah.
Selamat Malam dan Salam Sejahtera YDH Tuan/Puan/Encik/Cik.Makluman awal kes melepaskan tembakan di Downtown Chaterred Field.
Butir-butir mangsa ;
Nama : Muhammad Hazrat Umar Bin Abdul Jalil
Kpt : 940131-14-6625
Alamat : lot 18327 Jln Indah 14 Kg Selayang Indah 68100 Batu Caves
Fakta ringkas mangsa :
Mangsa baru sahaja bekerja di syarikat WSS (wira security services) sebagai pengiring seorang VVIP nama : Dato' Elumalai (Secara lisan)selama sebulan sahaja.Dato tersebut tidak menaiki kenderaan sama yang dinaiki mangsa.mangsa keseorangan semasa kejadian.Dato tersebut adalah peniaga peralatan sembahyang di Skudai, Johor Bharu.mangsa sepatutnya mengiringi Dato tersebut ke Indonesia untuk 5 hari untuk urusan perniagaan.
Kecederaan ;
7 kesan luka bekas tembakan disyaki peluru penabur di bahagian belakang bahu kanan
Suspek
4 lelaki bertopeng bangsa tidak pasti
Menaiki m/kar nissan xtrail warna emas
Mangsa sedang dapatkan rawatan di hosp putrajaya dan dalam keadaan stabil.Maklumat terkini akan menyusul.
Sekian untuk makluman Tn
Kiriman crew
Lan Pendekar 

Kejadian yang sama turut dilaporkan oleh pengerusi Malaysian Crime Watch, Sri Sanjeevan R melalui Twitternya.

Baru sebentar tadi berlaku satu kes tembak di hadapan sebuah kedai mamak berdekatan KLIA. Lebih 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.
— Sri Sanjeevan R (@SanjeevanSSS) March 25, 2016



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.