Header Ads

Kisah Paling Sedih Dalam Hidup Aku...



Kisah ni bukan bertujuan nak minta simpati atau apa-apa. Aku hanya nak berkongsi pengalaman paling pahit dalam hidup aku selama aku hidup 22 tahun ni. Ambil masa & kekuatan juga aku nak cerita ni. Iaitu ketika kehilangan mak aku yang tersayang. Diam tak diam dah seminggu lebih mak pergi. Pergi dalam sekelip mata. Pergi tanpa pesanan apa-apa untukku. 

Mula-mula aku dapat phone telefon dari abang aku yang ke4. Masa tu malam rabu. Aku belajar di sebuah universiti di selatan. Malam tu aku tengah study esoknya ada kuiz. Abang : kau hari jumaat ada kelas tak? Aku: ada pagi je,kenapa? Abang: kalau takde hal kau balikla kampung. Aku : buat apa nak balik? Aku byk kerja laa. Abang: org suruh balik tu balik jela banyak tanya pulak Bila aku desak2 abang aku kenapa,dia macam sembunyikan sesuatu. Masa tu memang aku tak sedap hati. Lepas tu dia cakap mak kena strok malam tu. Badan sebelah kiri mak dah tak boleh bergerak. Aku menggigil bila dengar berita tu. Sedih,kecewa,hampa semua ada. Selama ni mak aku sihat je org nya. Takde tunjuk pun tanda-tanda dia boleh kena strok. 

Aku tak puas hati lagi ni lepas tu terus telefon balik abang aku. Abang aku bagi handphone kat mak,aku sempat cakap dengan mak tapi tak lama. Masa tu percakapan mak memang tak boleh faham sangat. Suara dia dah lain. Aku : mak,kenapa tiba2 boleh jadi macam ni? Selama ni org telefon mak ok jer. (aku menangis teresak-esak. ) Mak: dah mak nak kena macam ni,nak wat cmne? Dah-dah ,jangan nangis-nangis lagi mak ok je. (masa ni boleh faham sikit2 mak cakap) Itu lah perkataan yang terakhir aku dengar dari mak aku. Itu pun dari telefon je. 

Esoknya(khamis), lepas je class aku cepat-cepat cari tiket bas balik kampung. Nasib baik dapat tiket awal itu pun pukul 11a.m. Aku sampai lebih kurang pukul 1.40pm lepas tu terus pergi hospital. Mak aku dimasukkan hospital pagi tu juga. Pagi tu lepas subuh abang aku telefon ambulans suruh datang ambil mak kat rumah. Masa tu mak masih sedar lagi, boleh bercakap, boleh mengingat.  Bila dalam ambulans dia dah mula tak sedarkan diri. Aku sampai je hospital terus aku cari mak. Masa tu mak dalam ICU dan doktor tak bagi masuk. Lama juga tunggu lebih kurang 2 jam. Baru la mak aku dipindahkan ke wad biasa. Masa tu memang mak masih tak sedarkan diri lagi. Sedih memang sedih. Aku duduk menghadap mak aku. Muka dia macam tido je. Puas aku panggil dia. ”mak,bangun mak. Org dah balik ni. Buka la mata,mak. Mak taknak tengok ke anak mak ni??”. No respon. Memang sedih sangat2. Masa tu abang aku no2,no3, n no4 sahaja yang ada. Yang sulung tu dalam perjalanan dari kl. Abang aku yang ke5 pula tak dapat dikesan. Petang tu abang aku yang sulung sampai. Kitaorang stay kat hospital sampai malam. 

Malam tu ramai juga yang temankan mak kat hospital. Abah sampai taknak balik nak temankan mak padahal badan dia dah letih sangat. Dia tak nak tinggalkan mak langsung. Kesian abah. Berbalik pada abang aku no5, dia ada kursus di sebuah pulau di utara lepas tu telefon dia urusetia simpankan. So lost contact la dengan dia. Dia pula tiada bagi no fon kecemasan yang boleh dicontact. Abang2 aku yang lain dah risaukan dia. Aku cari nombor telefon UKM, lepas tu UKM bagi nombor lecturer yang in charge program tu. Agak payahlah nak telefon lecturer tu. Banyak kali telefon tak angkat. Dah malam tu baru dia angkat. Bile dapat contact tu, abang aku tu memang terkejut gila la. Malam tu juga dia balik. Dapat tiket pukul 11 malam. Unfortunately, bas yang dia naik rosak pula kat KL. Banyak betul dugaan. Sudah lah susah nak contact, bas pulak rosak. Lama juga tunggu bas lain sampai dalam 2 jam. Kira2 pukul 8 pagi esoknya(jumaat) dia baru sampai. Sampai2 je dia terus cium mak sambil nangis. Aku memang sedih gile bila tengok time tu. Masa abang aku cium tu, nampak mak kerut2 kan dahi. Mak tahu anak dia semua dah sampai.  Masa tu abang2 aku dan abah aku dah rancang sabtu nanti nak bawak mak buat rawatan kt kl. 

Lepas tu doktor ada tanya apa planning kami. Kami bagitahu la apa yang kami dah plan. Lepas tu baru dia bagitahu hal sebenar. Doctor : saya rasa lebih baik awak tak payah bawa mak awak pergi mana2 buat masa ni. Keadaan dia lemah. Dia bernafas pun bergantung pada alat pernafasan. Susah saya nak cakap. Actually, keadaan mak awak dah kritikal. 3/4 dari kepalanya dah penuh darah beku. Memang tiada harapan. Tunggu masa sahaja mak awak ni. Kalau nak buat operation buang darah beku, hanya 10% sahaja peluang berjaya. Saya minta maaf. 

Bila dengar penjelasan beliau, rasa gelap je pandangan ni. Abang2 lain,kakak2 ipar semua dah meraung, menangis.  Tapi abah cool je. Memang macam tu perangai abah. Dia tabah. Walaupun kami tahu dia lah yang paling terasa. Sebab mak dan abah terlalu rapat. Pergi mana2 berdua je. Pergi masjid, makan, pergi rumah kahwin. Pergi mana2 la takde pun abah atau mak nak pergi salah sorang je. Mesti dua2 pergi sama. Sekarang ni tibe2 je mak takde. Mesti abah paling terasa kehilangan. Bila dapat tahu mak dah takde peluang, macam2 fikiran dalam kepala aku. 

Maca mana aku nk hidup tanpa mak? Dahla aku sorang je anak perempuan. Siapa yang nak dengar cerita2 aku nanti? Siapa yang aku nak kongsi masalah nanti? Siapa nak masakkan sedap2 untuk aku nanti? Siapa? Siapa?? Aku belum sedia lagi untuk kehilangan mak. Bagi aku benda ni berlaku terlalu pantas. Rasanya baru semalam aku sembang2, gurau2 dengan mak dalam telefon. Rasanya baru semalam aku beraya dengan mak(dia pergi 29syawal). Last aku jumpa mak pun masa cuti raya. Masa tu mak takde pun tunjuk tanda2 mak sakit. Mak sihat je. 

Tapi Sekarang.. Aku pasrah apa saja ketentuan-Nya. Aku selalu berdoa, andainya mak pergi adalah jalan terbaik, aku mohon pada Allah supaya dia cepat2 ambil nyawa mak. Sebab aku tak sanggup tengok mak menderita sakit lama2. Malam jumaat tu, aku n anak buah aku temankan mak. Lepas aku bacakan yasin utk mak, tiba2 tergerak hati aku. Aku genggam tangan mak. Masa tu tangan kanan mak bergerak2. Aku bisik kat telinga mak. ”mak, kalau mak dengar suara ni, mak kenal suara anak mak ni. Mak genggam la tangan orang. ”. Lepas tu, mak genggam tangan aku!. Tapi tak lama dalam 1 saat je. Means mak kenal & dengar aku! Subhanallah. Sebab akak ipar aku pernah bagitahu, mak mungkin dah tak ingat sape2 sebab dah effect sampai otak. 

Aku memang terkejut dan terharu mak aku bagi response macam tu. Lepas tu, bila abah sampai aku minta diri untuk duduk di luar sebab tak tahan air-cond sejuk sangat dalam bilik tu. Masa tu ada abang aku no3 & no4. Abang aku no3 ajak aku pergi minum sebentar kat kedai. Tapi abang aku no4 pesan jangan pergi mana2, temankan mak. Tapi aku degil. Nak pergi juga minum. Bila dah balik dari minum, sampai je kat tempat parking, abang aku no4 telefon. Dia bagitahu nadi mak dah lemah. Means mak dah nazak! Aku cepat2 naik kat bilik mak. Malangnya, sebaik sahaja aku melangkah masuk bilik tu, mak aku pergi masa tu. Aku tak sempat nak berada di sisi mak masa mak pergi.

Terkilan, menyesal sangat sangat tak dengar cakap abang aku. Masa tu pukul 12.20 a.m.(17hb). Abah cakap mak buka mata last2 tu tengok muka abah. Lepas tu mak pergi untuk selamanya. Memang meraung habis kitaorang. Masa tu plak abang2 yang lain tengah dalam perjalanan dari rumah sebab kitaorang dah plan nak temankan mak ramai2 malam tu. TAK sangka malam tu adalah malam terakhir. Pagi tu dalam pukul 9 kitaorang adik beradik mandikan mak. Aku ambilkan wudhu mak. Memang tak boleh nak tahan air mata masa tu. Sayu tengok muka mak. Muka mak tenang je, putih bersih. Lepas tu kami kapankan mak. Cantik muka mak masa tu. Berseri-seri. 

Aku memang sedih gila masa tu. TAK bersedia lagi nak lepaskan mak pergi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas tu, pergi solatkan mak kat masjid. Abang aku no5 jadi imam. Alhamdulillah. Lepas tu pergi ke kubur kebumikan mak. Masa kebumi tu, aku rasa sayu sangat2. Kesian mak sorang sorang. Tapi apakan daya, setiap manusia akan macam tu nanti. Cepat atau lambat je kita tak tahu. Kawan2 aku pun ramai datang bagi sokongan. Aku memang terharu. Lepas selesai semua tu, baru la abah cerita. 2,3 hari sebelum mak jatuh sakit, mak ada tanya sesuatu kat abah. 

Mak : awak rasa antara kita berdua ni siapa yang pergi dulu? 

Abah: ( senyap je,malas nak layan soalan mak) 

Mak : kalaulah saya pergi dulu, biarlah saya sakit 2,3 hari je. Saya taknak tanggung sakit lama2. Seksa. Lagipun nanti menyusahkan anak2 je. 

Abah pun diam sahaja tak tahu pula mak bagi isyarat yang mak nak pergi. Tengok2 doa dia termakbul. Mak sakit 2 hari je lepas tu mak pergi. Abang no4 plak cerita, sebab dia seorang je duduk kat rumah dengan mak. Dia cakap dalam minggu tu apa sahaja yang dia teringin nak makan, mesti mak masakkan walaupun dia tak bagitahu mak pun nak makan apa. Mak tahu2 je. Dan hari last sebelum mak jatuh sakit, mak masakkan 1 periuk besar kari daging lepas tu bagi kat jiran2 & abang2 kat situ. 

Akak ipar pula cerita, dalam minggu tu juga mak rajin mengemas rumah. Dalam rumah, kat kawasan rumah. Memang lain dari lain mak minggu tu. Rupa2 nya itu tanda2 dia nak pergi. Pergi untuk selamanya. Buat mak ku sayang, Orang doakan mak sentiasa tenang dan selamat di sana. Moga Allah memberi kerahmatan, kurniakan syurga & ampunkan segala dosa mak. Mak jangan risau,anak2 mak semua akan mendoakan mak selamat disana. Mudah mudahan kita akan berjumpa lagi di sana. InsyaAllah. Orang sayangkan mak sangat2!! Al-fatihah *Nota ini ditulis untuk simpanan sendiri pada 7 tahun lepas* – perindu sepi


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.