Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
(bahan yang dikisar)
300g cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci lengkuas
20 ekor udang basah
1/2 kilo daging tetel
5 ketul tauhu dipotong kecil 3 k
3 keping tempe dipotong dadu
700ml santan
kacang panjang dipotong serong nipis
2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 tangkai cili merah (hiris nipis)
2 tangkai cili hijau (hiris nipis)
Cara-cara:
Rebus daging tetel sehingga empuk dan setelah empuk potong daging keil-kecil mengikut kesesuaian) 2. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga hancur. 3. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga masak dan kering sedikit. Perasakan dengan garam dan gula. 3. Masukkan daging tetel yang telah direbus tadi ke dalam kuali dan biar seketika. 4. Kemudian masukkan udang basah, tempe dan tauhu. gaul seketika. 5. Masukkan santan dan biar sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat 6. Bila kuah dah pekat, masukkan kacang panjang,cili merah,cili hijau dan bawang besar yang telah dihiris tadi.Biar sehingga kuah agak kering dan bolehlah dihidangkan.
Post a Comment