Header Ads

Ikan Pari Masak Lemak Cekur




Bahan-bahan:

sepotong ikan pari ( klu beli kat kedai yang dah siap dipotong ) kalau nak guna ikan keli pun boleh....
4 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
segenggam cili padi ( klu tak nak pedas kurangkan )
segenggam isi cekur ( dibersihkan )
1 inci belacan
garam & perasa secukupnya.
santan ( guna 1 biji kelapa )

Cara-cara:

  1. goreng bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan menggunakan sedikit minyak ( bawang tidak perlu di hiris sebab nak ditumbuk. Cili padi perlu dihiris sedikit supaya tidak meletup-letup semasa digoreng.)
  2. tumbuk bahan yang digoreng tadi.
  3. gorengkan ikan pari dan ketepikan.
  4. campurkan bahan ditumbuk tadi kedalam santan bersama ikan pari yang telah digoreng tadi. kemudian masakkan diatas api. kacau jangan sampai pecah minyak.
  5. tambahkan garam dan perasa secukupnya. masukkan juga daun cekur yang dimayang tadi.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.