Header Ads

Soto Ayam Jawa Tok Ketom




Bahan-bahan

BAHAN TUMISAN
* 3 batang serai dititik / kayu manis / bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga / jintan manis / jintan putih / ketumbar (semua bahan2 ni adalah alternatif jika salah satu bahan2 penumis ni tiada pon tak mengapa, kdg2 kat kL ssh nak cari betul tak?)

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah / 5 biji bawang putih / kunyit hidup sebesar ibu jari / sedikit lengkuas / halia sebesar ibu jari

BAHAN ASAS
1. Ayam carik (selepas direbus & digoreng)
2. Ketupat segera
3. Bawang Goreng
4. Taugeh disiram air panas
5. Kacang Goreng
6. Sambal kicap ( kicap manis, gula, bawang putih, cili padi diblender )
7. Begedil (Rujuk Resepi Begedil Tok yg senang nanti Tok Tuliskan ye)
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara:

  1. Rebuskan ayam ke dalam ukuran 4/5 mangkuk air (Rebus dalam kira-kira 10 minit je takpe)
  2. Selepas ayam Empuk asingkan ayam daripada air rebusan tadi. * Jangan buang air rebusan ayam ~ berguna untuk sup
  3. Ayam yang dah ditoskan tadi disadur dgn kunyit dan sedikit garam & digoreng. Biarkan sejuk untuk tujuan mencarik. (Tulang ayam jgn dibuang tapi disimpan untuk dimasukkan dalam sup pula)
  4. Tumiskan bahan tumisan / batang serai & bahan kisar didalam 1 sudu makan minyak (jgn byk2 minyak) jaga kesihatan, kalau nak sihat pakai minyak zaitun. Sehingga Naik bau Masukkan tulang tulang ayam & rebusan ayam serta sup BunJut. Setelah menggelagak masuukan garam & Gula kemudian rasa.. Tadaaaa...dah siap
  5. Setelah siap semua proses. potong ketupat dan letakkan bahan-bahan hiasan seperti bawang goreng & kacang




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.