Bagaimana Buat Permohonan Visa Ke Afghanistan
Mengenal Afghanistan merupakan pengalaman yang cukup indah sekali, negara unik dengan permandangan cantik yang sungguh mempersonakan. Bagi rakyat Malaysia, anda memerlukan visa untuk masuk ke Afghanistan.
Anda mungkin tidak tahu visa Afghanistan sebenarnya boleh dimohon dari Malaysia sahaja. Kepada yang berhasrat untuk berkelana ke bumi Afghanistan di sini kami kongsikan cara mudah bagaimana memohon visa ke Afghanistan.
1. Siapkan Dokumen Penting
Sediakan dokumen perjalanan anda seperti passport, gambar passport, nama lokasi yang ingin dilawati. Ini penting sebagai persediaan awal sebelum di interview. Kalau boleh rancang perjalanan sebaiknya, boleh bertanya dengan komuniti Malaysia yang pernah ke Afghanistan. Jangan risau mereka semuanya baik-baik belaka
2. Isi Borang
Seperti permohonan visa ke negara lain, sila isikan borang permohonan visa anda terlebih dahulu. Boleh download di sini. Untuk laman web kedutaan Afghanistan di Malaysia boleh rujuk di sini.
3. Kedutaan Afghanistan Malaysia
Seterusnya hantarkan borang permohonan visa anda di kedutaan Afghanistan bertempat di Kuala Lumpur.
Alamat kedutaan:
Wisma Sin Heap Lee, 13th Floor,, 346, Jalan Tun Razak, Kampung Datok Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Dekat sahaja dengan Ampang Park. Cari bangunan Wisma Sin Heap Lee.
4. Tempoh Siap
Untuk penghantaran visa sila buat bermula dari 10 am – 2.00 pm, dan untuk ambil visa bermula pada pukul 2.00 pm – 5.00 pm. Jika tiada sebarang halangan, visa anda siap dalam masa 2 hari sahaja.
5. Bayaran
Secara peribadi, bagi saya visa ke Afghanistan paling mahal setakat ini. Bayaran RM336 untuk single entry dan RM500 untuk visa pekerja.
6. Surat Jemputan (Invitation Letter)
Permohonan visa saya tidak memerlukan sebarang invitation letter, ini mungkin disebabkan saya di kira sebagai kakitangan media. Mereka sangat mengalu-alukan kami ke negara mereka.
Tapi jika anda pergi di atas urusan peribadi atau sebagai pelancong, surat jemputan dari warga Afghanistan mungkin diperlukan. Jangan risau, ini tidaklah begitu rumit atau anda boleh cuba tips di sini.
7. Tips
Ketika permohonan visa saya sangat mudah, tidak memerlukan sebarang interview. Tetapi berdasarkan pengalaman pengembara lain yang pernah ke Afghanistan, biasanya anda akan berhadapan dengan sesi interview.
Sangat penting untuk nampak yakin! Dan berbuallah tentang perkara-perkara menarik tentang Afghanistan.
Post a Comment